Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.jian] | ڤڠوجين

Definisi : perihal menguji, pemeriksaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.jian] | ڤڠوجين

Definisi : perbuatan (hal, cara dsb) menguji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengujianperbuatan (hal, cara dsb) menguji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengujianperihal menguji, pemeriksaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengujian tanda aras(benchmark test)Penilaian kepantasan dan penjimatan mikropemproses berbanding dengan jenis dan pembuat mikropemproses lain. Atur cara bagi tugas yang kerap dilakukan oleh semua jenis mikropemproses digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang masa pelaksanaan, jumlah kitar dan jumlah suruhan atau kod yang telah digunakan.Kamus Komputer
pengujian beta(beta testing)Kaedah menguji perkakasan atau perisian baru oleh pengguna biasa yang terpilih untuk mencari sebarang kecacatan pada barangan tersebut sebelum diedarkan kepada orang awam.Kamus Komputer
pengujian alfa(alpha testing)Kaedah menguji perkakasan atau perisian baru di tempat kerja pereka bentuk terlebih dahulu sebelum mengujinya di luar.Kamus Komputer
pengujianperbuatan (hal, cara dsb) menguji.Kamus Pelajar
pengujian himpunan(assembly testing)Pengujian yang dilakukan terhadap atur cara yang digabungkan daripada himpunan beberapa atur cara yang berkaitan untuk memastikan himpunan atur cara tersebut bekerja dengan lancar mengikut tentuan.Kamus Komputer
kitar hayat perisian(software life cycle)Masa hayat bungkusan perisian komputer, bermula dari fasa pembentukannya sehingga ia tidak berguna lagi. Kitar ini bermula dengan fasa keperluan sistem, diikuti keperluan perisian, reka bentuk keseluruhan, reka bentuk khusus, penjanaan komponen, pengujian komponen, persepaduan, pengujian sistem, penyebaran, penggunaan, penyelenggaraan dan pelupusan.Kamus Komputer
kitar reka bentuk(design cycle)1. Jujukan lengkap bagi menghasilkan sistem perisian yang bermula dengan penentuan masalah, pembentukan algoritma penyelesaian, pengekodan, pengujian, penyahpepijatan, dan pendokumenan. 2. Jujukan lengkap bagi menghasilkan sistem perkakasan yang bermula dengan penentuan masalah, pembinaan litar ujian, pengujian, pembaikan dan pengeluaran.Kamus Komputer
bakar mula(burn-in)1. Pengujian sistem dengan mengendalikannya secara sebenar pada peringkat awal hayat penggunaan sistem. Tindakan ini dilakukan untuk memastikan semua sistem berjalan lancar dan mana-mana sistem yang lemah atau rosak dapat dikenal pasti. Sistem yang rosak atau lemah ini digantikan dengan yang baru. Proses ini mengandaikan bahawa sistem yang dapat bekerja pada tahap ini disahkan baik. 2. Pengujian litar komputer pada suhu yang tinggi untuk memastikan semua sambungan papan litar dalam keadaan baik.Kamus Komputer
123

Kembali ke atas