pengurusan | perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengurusan | perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengurusan sumber maklumat(information resource management) | Sistem untuk menguruskan maklumat sebagai satu sumber seperti buruh, modal, dan bahan mentah yang boleh diperdagangkan. | Kamus Komputer |
pengurusan pangkalan data(data base management) | Tugas yang berkaitan dengan penciptaan, pengembangan, pengemaskinian, dan pemerolehan pangkalan data secara bersistem. | Kamus Komputer |
pengurusan kemudahan(facilities management) | Organisasi dan kaedah yang digunakan untuk menguruskan kemudahan yang terdapat di pusat pemprosesan data. | Kamus Komputer |
pengurusan data(data management) | 1. Proses menerima, menyimpan, menyusun, mencari, mendapatkan semula, dan menyelenggarakan data dalam sistem komputer. 2. Kaedah yang digunakan untuk menguruskan data yang terkumpul dengan selamat bagi tujuan tertentu. | Kamus Komputer |
pengurusan | perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. | Kamus Pelajar |
pengurusan rekod(record management) | Perihal pengurusan seperti penciptaan, penyimpanan, pemerolehan, pengemaskinian, dan pemusnahan rekod mengikut sistem tertentu. | Kamus Komputer |
pendokumenan(documentation) | Penyampaian pengurusan dan perhubungan maklumat. Pendokumenan melibatkan pembinaan, pengumpulan, pengurusan, dan penyebaran maklumat yang terdapat dalam dokumen. | Kamus Komputer |
pengelolaan | perihal mengelola(kan), pengarahan dan pengawalan, pengurusan, penyelenggaraan: beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio; ~ ladang pengurusan (penyelenggaraan) ladang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |