Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tilik
Kata Terbitan : menilik, tilikan, penilikan, penilik,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penilikan1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung, meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawas­an, kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, penelitian;Kamus Dewan Edisi Keempat
tilikpelihatan (yg teliti dan sungguh-sungguh), tenung; kurang ~ kurang selidik, kurang teliti; pd ~nya pd pelihatannya, pd fikirannya (pan­dangannya); tukang ~ orang yg meramalkan sesuatu (spt nasib orang dll), jurutenung; menilik 1. melihat (mengkaji) dgn teliti, mengamat-amati: dibukanya album itu, ditilik-nya gambar-gambar di dalamnya satu per-satu; 2. melihat nasib (untung malang orang dll), merenung, meramalkan sesuatu, menelah: ia konon pandai ~, kita suruh lihat benarkah khabar orang itu; ~ ketika menelah baik buruk waktu dgn berpandukan sesuatu perhitungan; ~ nujum menelah se­suatu dgn berpandukan bintang; 3. mengawal, mengawasi, mengen-dalikan, menjaga: lembaga pengelola ~ perjalanan badan itu; 4. menganggap (sbg), menyifatkan (sbg); 5. = ~ kpd = ditilik drpd (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitu­lah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; 6. menengok, mengunjungi: aku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabar-nya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi; tilik-menilik 1. saling menilik; 2. perihal menilik; ilmu ~ ilmu tenung; tilikan 1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah ber­laku; 3. = penilikan pimpinan, pengen­dalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya; penilikan 1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung, meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawas­an, kawalan; di bawah ~ di bawah kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, pene-litian; ~ sains penelitian sains; pd ~nya pd pandangannya (pendapatnya); penilik 1. pengawas (sekolah dll), pengawal: sekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pd waktu-waktu tertentu; 2. orang yg menilik (menenung, meramal): datuk saya sebenar­nya terkenal sbg ~ barang-barang yg hilang; 3. sl tepat tiliknya (tenungnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
telaahpenilikan, pemeriksaan, penelitian, penye-lidikan; menelaah 1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju dlm pelajaran disebab­kan dia rajin ~; 2. memeriksai, meneliti, menyelidiki: ia berhati-hati ~ petanya dgn menentukan haluan dgn kompas itu; 3. menilik, menelah, meramalkan (nasib dll): dia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pd tahun depan; penelaahan perbuatan atau proses menelaah: terserahlah kpd generasi kita kini utk melaku-kan ~ intelektual dan pentafsiran sejarah yg mendalam; penelaah orang yg menelaah: dia seorang pemerhati dan ~ yg rajin; mutalaah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tilikan1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah ber­laku; 3. = penilikan pimpinan, pengen­dalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya;Kamus Dewan Edisi Keempat
tilik; menilik 1 melihat dgn sungguh-sungguh; memperhatikan; meneliti: Ia berdiri di hadapan cermin dan ~ wajahnya puas-puas. 2 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menenung; meramalkan: Kononnya orang tua itu ahli nujum yg pandai ~ nasib orang. tilikan 1 pandangan atau penglihatan yg sungguh-sungguh. 2 hasil menilik; tenungan; ramalan: Mengikut ~ ahli nujum, putera itu akan menjadi raja yg masyhur. penilikan perbuatan atau hal menilik; penenungan. penilik orang yg (pandai) menilik; tukang tilik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
di bawah1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
bawah1. terletak separas dgn permukaan tanah (bkn bahagian bangunan, rumah, dsb): pejabatnya terletak di tingkat ~ bangunan itu; 2. ruang kosong yg terletak di antara tiang rumah atau kaki almari (meja, kerusi, dsb): ~ rumah itu boleh dijadikan stor;~ angin tempat angin datang; negeri ~ angin Kepulauan Melayu; ~ duli = ~ cerpu = ~ kadam = ~ kaus kata kehormatan kpd raja; ke ~ duli baginda kpd baginda; ~ sedar a) lubuk hati (perasaan yg dalam-dalam); b) tidak sedar sepenuhnya; ~ tanah a) di bawah permukaan bumi, dlm tanah; b) sulit, gelap (bkn gerakan dll); (di) ~ tangan a) di bawah kuasa (pengaruh dll); b) tidak dgn secara rasmi atau umum (penjualan dll);di bawah 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa;ke bawah 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah;mengebawahkan merendahkan, menurunkan;terkebawah bawah sekali, terendah: awak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yg ~;membawah ark bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang;membawahi ki menjadi dasar pd sesuatu, mendasari: akal budi suci ~ akal budi biasa;membawahkan memimpin (bawahan dll), menguasai (daerah dll);terbawah 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; bawahan, sebawah, sebawahan 1. orang di bawah, orang yg di bawah perintah, orang rendahan: ia mencatat nama-nama ~nya yg hadir pd hari minggu; 2. (golongan) yg bawah (rendah): masyarakat Melayu terbahagi kpd tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~;pembawah (Mat) nombor bawah pecahan (menunjukkan berapa bahagian sesuatu dibahagikan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas