penimbalan berganda(double buffering) | Teknik perkakasan atau perisian bagi memindahkan data di antara komputer dan persisian komputer yang melibatkan dua penimbal. Penimbal pertama digunakan untuk menyimpan data yang diproses oleh komputer sedangkan penimbal kedua digunakan untuk mengeluarkan atau memasukkan data. Kaedah ini membolehkan pemproses berfungsi tanpa menunggu peranti yang lambat. | Kamus Komputer |
penimbal | 1 sesuatu yg digunakan utk menimbal; pengimbang. 2 ist peranti yg digunakan utk menyimpan data secara sementara sebelum dipindahkan ke peranti lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penimbal | pengimbang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penimbal cakera(disk buffer) | Kawasan dalam ingatan utama yang telah dikhaskan untuk memegang data yang masih belum dapat dipindahkan kepada cakera. | Kamus Komputer |
penimbal aksara(character buffer) | Daftar atau kawasan ingatan yang digunakan untuk memegang aksara secara sementara sebelum aksara tersebut diproses. | Kamus Komputer |
penimbal(buffer) | 1. Kawasan ingatan yang dikhaskan untuk memegang data secara sementara sebelum data dipindahkan ke peranti lain. 2. Peranti yang digunakan sebagai perantara bagi pemindahan data di antara dua peranti yang tidak serasi. | Kamus Komputer |
penimbal | sesuatu yg digunakan utk menimbal; pengimbang. | Kamus Pelajar |
cadangan penimbal | (Eko) cadangan (himpunan) bahan mentah utk mengimbangkan (menstabilkan) harga bahan tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stok penimbal | simpanan sesuatu komoditi oleh pihak berkuasa dsb utk mengatasi masalah turun naik penawaran dan harga yg tidak menentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadang penimbal | (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |