penindihan | perbuatan (hal dsb) menindih atau menindihkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penindihan | perihal menindih, penghimpitan, penekanan, penindasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penindihan | perbuatan (hal dsb) menindih atau menindihkan. | Kamus Pelajar |
penindas | penindihan perbuatan (hal dsb) menindih atau menindihkan. | Kamus Pelajar |
pemprosesan bertindih(overlapped processing) | Penindihan beberapa proses dalam pemprosesan serempak bagi membolehkan komputer memproses secara selari. | Kamus Komputer |
penindanan | perbuatan (hal dsb) menindan, menindani atau menindankan; penindihan. | Kamus Pelajar |
penindanan | perbuatan (hal dsb) menindan, menindani atau menindankan; penindihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tindan | penindanan perbuatan (hal dsb) menindan, menindani atau menindankan; penindihan. | Kamus Pelajar |
tindan | bahagian pd sesuatu anyaman (terutama di bahagian tepi) yg dianyam berlapis supaya teguh. bertindan 1 mempunyai tindan (ttg barang-barang anyaman). 2 berlapis-lapis dgn tidak bersusun (ttg letak sesuatu); bertindih-tindih: Kain baju yg baru diangkat dr ampaian dibiarkan ~ di atas katil. 2 (bkn tugas, kuasa dll) bertepatan atau sama antara satu dgn yg lain; bertumpang tindih: Tugas dan tanggungjawab sesuatu kementerian seharusnya tidak ~ dgn tugas dan tanggungjawab kementerian lain, tetapi hendaklah saling melengkapi. menindan membuat tindan (pd barang-barang anyaman). menindani terletak di atas sesuatu yg lain; melapisi. menindankan meletakkan sesuatu di atas yg lain; melapiskan. mempertindankan menyusun supaya bertindan; menjadikan bertindan. tindanan apa-apa yg bertindan: ~ buku; ~ kain baju. pertindanan hal atau keadaan bertindan; pertindihan. penindanan perbuatan (hal dsb) menindan, menindani atau menindankan; penindihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tindih | ; bertindih 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tempat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. menindih 1 menekan ke bawah; menghimpit: Dlm pergelutan itu, Ahmad yg berbadan besar ~ lawannya. 2 menekan dgn sesuatu supaya tidak bergerak dsb; membubuh di atas sesuatu agar tidak berganjak dsb; menghimpit: Ia ~ kertas-kertas itu dgn buku supaya tidak berterbangan. 3 menindas atau menganiaya orang-orang yg lemah: Orang-orang tengah selalu ~ peniaga-peniaga kecil. menindihkan meletakkan sesuatu di atas sesuatu yg lain: Dia ~ sebuah buku yg tebal pd kertas-kertas itu. ketindihan 1 dlm keadaan ditindih; tertindih; terhimpit. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt bangun ketika sedang berbaring walaupun dlm keadaan sedar utk bangun. pertindihan hal bertindih. penindihan perbuatan (hal dsb) menindih atau menindihkan. penindih alat utk menindih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |