Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nin.jauan] | ڤنينجاوان

Definisi : 1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja meninjau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nin.jauan] | ڤنينجاوان

Definisi : perbuatan atau hal meninjau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peninjauan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
peninjauanperbuatan atau hal meninjau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peninjauan1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja meninjau;Kamus Dewan Edisi Keempat
peninjauan(polling)Kaedah kawalan yang digunakan untuk komunikasi data dalam sistem berbilang terminal yang beroperasi mengikut susunan tuan-hamba. Pemproses yang bertindak sebagai tuan meneliti setiap peranti hamba secara berjujukan untuk menentukan sama ada salah satu daripadanya perlu menggunakan sumber komputer yang terhad atau memerlukan layanan daripada pemproses.Kamus Komputer
peninjauanperbuatan atau hal meninjau.Kamus Pelajar
tinjau; meninjaupeninjauan perbuatan atau hal meninjau.Kamus Pelajar
perkongsian port(port sharing)Kaedah menggunakan port input-output sepunya untuk mengurangkan jumlah port yang diperlukan oleh beberapa modem atau pangkalan dalam sistem peninjauan komputer.Kamus Komputer
orientasi(oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu ke­adaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ pepe­riksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ per­tumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menye­laraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; kese­luruhan sistem pendidikan mestilah diorien­tasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
tinjau; meninjau 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. tinjauan hasil meninjau; pandangan. peninjauan perbuatan atau hal meninjau. peninjau orang yg meninjau: askar ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tinjau I~ karang sj anjung di perahu (utk melihat-lihat batu karang di laut); bertinjau-tinjauan tinjau-meninjau; meninjau 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, meng-intai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; duduk meraut ranjau, tegak ~ jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn teliti; meninjau-ninjau datang atau berkunjung utk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dsb sesuatu yg belum pasti kedapatannya: kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru; puas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yg kelihatan; tinjau-meninjau 1. saling meninjau (lihat-melihat dll); 2. mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada; tinjauan 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil drpd meninjau, pandangan; peninjauan 1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja meninjau; peninjau orang yg meninjau; pesawat ~ Id kapal terbang pengintip.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas