Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peniup 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tiup; bertiup bergerak (ttg angin); berhembus: Angin ~ dr sebelah barat. meniup 1 mengenakan nafas (yg kuat pd); menghembus: Ia ~ api itu supaya menyala. ~ belon menghembuskan angin ke dlm belon. 2 menghembuskan udara dgn mulut ke dlm alat bunyi-bunyian supaya berbunyi: Ia sedang ~ serunai. meniupkan 1 menghembuskan (udara) keluar dr mulut. 2 meniup utk orang lain: Dia ~ adiknya belon. tiupan 1 hal atau hasil bertiup; hembusan: ~ angin bertambah kencang. 2 hasil meniup alat bunyi-bunyian: ~ klarinet oleh Abdul Razak sangat merdu. peniupan perbuatan, hal dsb meniup atau me­niupkan. peniup 1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. 2 alat utk meniup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pembusa1. orang yg meniup, peniup; 2. alat utk meniup, peniup.Kamus Dewan Edisi Keempat
penghembus1. orang yg menghembus, peniup: yg pekak pembakar meriam, yg buta ~ lesung; 2. alat utk menghembus (api dll), peniup.Kamus Dewan Edisi Keempat
peniup1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet. 2 alat utk meniup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
peniup1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam;Kamus Dewan Edisi Keempat
tiup1. hembus, hembusan (angin, udara); 2. bp sembur (jampi-jampi); tiup-tiup sj alat bunyian yg dibunyikan dgn meniup, sj wisel; bertiup 1. bergerak (angin), berhembus, me-ngalir: angin laut ~ dgn kencangnya; 2. ki merebak (khabar angin), tersebar (berita): dgn segera berita yg ~ kencang itu disam­pai-kannya kpd ketuanya; 3. Mn berkerumun; ~ orang melihat berkerumun orang melihat; meniup 1. mengeluarkan nafas (udara), meng-hembus: langsir merah di tingkap itu bergerak-gerak ditiup angin drpd luar; dia memarak-kan api dgn ~nya; ~ belon meng­gembung-kan belon dengan nafas dll; 2. mem­bunyikan (alat bunyian dll) dgn menghembus udara menerusinya: tangan kiri memukul gendang, tangan kanan meningkah, mulut­nya ~ seru-nai; pengadil permainan bola memberhentikan permainan dgn ~ wiselnya panjang-panjang; 3. = meniupi bp menyem­bur (bomoh yg memanterai): bomoh itu ~ku keras-keras sehingga air ludahnya menji­prat mukaku; 4. = meniup-niup ki mem­bang­kitkan, menggalakkan, mengobarkan (semangat, permusuhan, dll): beliau telah ber­usaha ~ semangat baru kpd pelajar-pelajar Melayu; meniupkan 1. menghembuskan: angin ~ debunga itu drpd stamen berpindah ke stigma; 2. menyemburkan (mantera), menge­nakan jampi-jampi: dibaca-bacanya dan ditiupkannya tiga kali; 3. ki membangkitkan (mengobarkan) semangat, menggalakkan (per-selisihan, pertengkaran, dll): karangan­nya ~ semangat berkhidmat dgn tidak mementingkan diri sendiri; tiupan 1. perihal bertiup, hembusan: ~ angin pagi itu telah beransur kencang; 2. hasil meniup, bunyi (trompet dll) kerana ditiup: malam itu riuh-rendah dgn ~ trompet dan petikan gitar; 3. yg ditiup: alat ~; peniupan perbuatan meniup: ~ emosi yg kuat boleh menyebabkan orang ramai terpe­ngaruh dgn seruan itu; peniup 1. alat yg menerusinya ditiupkan udara; 2. orang yg meniup (alat bunyian): ia bekerja sbg ~ trompet di sebuah kelab malam; ~ kaca orang yg berkemahiran meniup kaca separa lebur utk menghasilkan bentuk-bentuk tertentu, spt botol dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
busa IIMn hembusan, sembur: pertimbangannya sendiri pun dikalahkan oleh hembus ~ orang lain;membusa menghembus-hembus, meniup, menyembur: ~ api; nafasnya ~ terengah-engah;membusakan menghembuskan, meniupkan, menyemburkan;pembusa 1. orang yg meniup, peniup; 2. alat utk meniup, peniup.Kamus Dewan Edisi Keempat
peniup1 orang yg meniup alat bunyi-bunyian: ~ trompet.Kamus Pelajar
menghembus1. meniup, mengeluarkan nafas (udara): pokok itu bergegar sedikit dihembus angin; ia ~ rambut gadis itu; 2. bp cabut, lari; 3. mengeluarkan hingus dgn memaksa udara keluar melalui hidung: sesekali dia ~ hidungnya; penghembus 1. orang yg menghembus, peniup: yg pekak pembakar meriam, yg buta ~ lesung; 2. alat utk menghembus (api dll), peniup.Kamus Dewan Edisi Keempat
buta1. tidak dapat melihat: sekelilingnya hitam pekat bagaikan kedua-dua belah matanya benar-benar ~; 2. tidak terang melihat; ~ rabun = ~ radam mata kabur; 3. ki tidak tahu (menulis, membaca, dll), tidak dapat mengenal (warna, huruf): Karim memang ~ bahasa Inggeris; 4. dlm erti tidak ada (mempunyai) sesuatu; gaji (wang) ~ gaji tanpa bekerja; perigi ~ perigi yg tidak berair; surat ~ surat tanpa nama si pengirim; 5. kata utk menyatakan amat sangat; gelap ~ sangat gelap; malam ~ malam yg sangat gelap; pagi-pagi ~ pagi-pagi sangat; sepeser ~ pun tidak ada sesen pun tidak ada; ~ angka tidak pandai atau tidak tahu mengira; ~ ayam a) rabun (kabur mata) waktu senja; b) petang hari (sesudah waktu senja); ~ belalang buta tetapi mata tidak rosak; ~ belengset buta dgn kelopak mata bahagian bawah terkeleweh; ~ bular buta kerana mata berselaput; ~ celik = ~ cemik = ~ cemer buta dgn biji mata yg tidak rosak; ~ hati a) tidak berhati perut, kejam; b) gelap fikiran (tidak berpengetahuan); ~ kayu bp buta huruf; ~ kesip = ~ pecah buta dgn biji mata yg pecah (rosak); ~ komputer tidak tahu atau tidak pandai menggunakan komputer; ~ larangan tidak dapat melihat jauh; ~ malam buta pd malam hari; ~ mereluh buta langsung; ~ perut a) bp tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan); b) ki asal makan saja (tidak peduli rasa makanan); ~ rengga Kl bermacam-macam jenis buta; ~ siang buta pd siang hari; (mem)buta tuli tidak peduli, tidak mengendahkan sesuatu apa; ~ warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu; bagai si ~ pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul, ~ baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada; orang ~ dapat tongkat, dipukulkan ~ tuli = spt si ~ baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan); orang ~ diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia; spt orang ~ kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran; si ~ membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia; yg ~ peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya; membuta 1. berpura-pura buta; 2. bk tidur: saya sudah ~ waktu dia pulang malam tadi; 3. = ~ tuli = buta-butaan tidak mengendahkan sesuatu apa (berbuat sekehendak hati); membutakan membuat buta, mengakibatkan buta: perompak itu ~ kedua-dua belah mata mangsanya; kau pula hendak ~ hati aku; kebutaan perihal buta, keadaan buta.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas