Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.ja.lar] | ڤنجالر

Definisi : (Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.ja.lar] | ڤنجالر

Definisi : ist tumbuh-tumbuhan yg tumbuh secara menjalar di atas permukaan tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjalar


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penjalarist tumbuh-tumbuhan yg tumbuh secara menjalar di atas permukaan tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penjalar(Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai.Kamus Dewan Edisi Keempat
jalar; berjalaran 1 merayap-rayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, cacing dll): Saya sangat takut melihat ular yg ~ di Zoo Negara itu. 2 memanjang di atas tanah (bkn tumbuh-tumbuhan spt keledek, kangkung); melata: Pokok keledek saya hidup ~ di atas tanah. menjalar 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. menjalari 1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. menjalarkan 1 membuat (membiarkan) supaya menjalar: Ali ~ ulat itu di atas sehelai daun. 2 merebakkan; meluaskan: Ada pihak yg mencuba ~ pengaruhnya di kampung-kampung. penjalaran perbuatan (hal dsb) menjalar atau menjalarkan (pengaruh, tumbuh-tumbuhan dsb): ~ kebudayaan asing dlm masyarakat kita mestilah dicegah. penjalar ist tumbuh-tumbuhan yg tumbuh secara menjalar di atas permukaan tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jalar; ubi ~ ubi yg pokoknya melata; berjalaran, berjalar-jalar merayap, melata (bkn pokok dll), bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, dsb): cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj tumbuhan, akar gegerit besi; menjalar 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; menjalari 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~ keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti: demam selesema ~ ramai pelajar; menjalarkan 1. menjadikan (membiarkan) menjalar; 2. menjangkitkan, merebakkan, meluaskan; terjalar seakan-akan (spt) menjalar; jatuh ~ jatuh terlungkup; jalaran tempat menjalar (tumbuh-tumbuhan dll); penjalaran perihal menjalar (tumbuh-tum­buhan dll); penjalar (Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas