Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jamu I; berjamu 1. melayani atau memberi makan dan minum kpd orang(-orang) lain (tetamu): mereka sedang sibuk ~; 2. pergi berkunjung (bertandang): ~ ke rumah Ali; menjamu, menjamui, memperjamu mem­­­­­­­­beri makan dan minum kpd orang-orang lain (tetamu): mereka ~ sekalian orang yg datang itu; mereka itu sekalian di(per)jamu minum­an teh dan kopi; ~ mata ki melihat sekehendak hati (barang-barang yg dipamer­kan dll); ~ selera makan dgn sepuas-puasnya: mereka ~ selera dgn makanan yg di­hidangkan; jamuan 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan; ~ berselerak jamuan apabila tetamu duduk berselerak dan mengambil makanan sendiri di suatu tempat yg telah disediakan; ~ besar majlis jamuan utk bilangan jemputan yg ramai dan biasanya diikuti oleh ucapan bankuet; ~ negara jamuan besar yg diadakan oleh ke­rajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing yg mengunjungi negara secara rasmi); ~ ringan makanan yg tidak berat (spt kuih, buah-buahan, dsb) dihidang­kan; ~ teh majlis yg menyajikan teh, minum­an, dan makanan ringan lain; perjamuan perjumpaan utk makan minum, peralatan: saya rasa patut sungguh kita hadir di ~ itu; ~ suci Id santapan yg diadakan oleh Jesus Christ pd malam sebelum ia disalib (agama Kristian); penjamuan perbuatan menjamu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas