penjarah | 1. orang yg merampas; 2. suka merampas: tiada dinafikan ada juga bangsa ~ di situ. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perampok | orang yg merampok, penjarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengenyahkan | 1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari): penjarah ditembak, dinyahkan dan diikat di ekor kuda; syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2. menghilangkan, menghapuskan, me-lenyapkan: bahan peluntur itu ada kuasa ~ bau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyah | bk pergi, berhambus, lari: sudahlah, ~lah kau semua balik; mengenyahkan 1. menghalau supaya pergi, menyuruh pergi (lari): penjarah ditembak, dinyahkan dan diikat di ekor kuda; syaitan di dunia ini dapat dinyahkan dr kampung kita; 2. menghilangkan, menghapuskan, me-lenyapkan: bahan peluntur itu ada kuasa ~ bau; ternyah telah disingkirkan (diketepikan, dihapuskan dsb), terhapus: kanak-kanak didedahkan kpd watak-watak “hebat” yg ~ drpd kualiti yg hendak dihasilkan oleh proses pendidikan; pengenyahan perihal (proses, perbuatan) mengenyahkan, perihal menghilangkan (melenyapkan), penghapusan: proses ~ asid bertujuan membersihkan fiber kertas drpd unsur-unsur asid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarah I | barang dll yg dirampas; duduk meraut ranjau, berdiri mengintai ~ prb dlm setiap pekerjaan harus diingati faedah akan diri sendiri; menjarah merampas milik orang lain (dlm perang dll); ~-rayah merampas, merompak, menyamun; jarahan jarah, rampasan; anak ~ anak rampasan; penjarahan perbuatan menjarah; penjarah 1. orang yg merampas; 2. suka merampas: tiada dinafikan ada juga bangsa ~ di situ. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rampok | ark kumpulan yg memecah rumah orang: ukuran hidup makin hari makin naik dan bersama itu makin naik pula jumlah ~, pengemis, dan kupu-kupu malam; merampok mencuri dgn memecah rumah, mengambil barang orang dgn paksa, menjarah: maka turunlah Badwi dr gunung datang ~ dan menyamun; rampokan (barang) yg dirampok, hasil merampok: barang-barang ~; kerampokan kemasukan perampok; perampokan perihal merampok, perbuatan merampok: ia dihukum 15 tahun penjara kerana ~ bersenjata; perampok orang yg merampok, penjarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |