Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.je.pit] | ڤنجڤيت

Definisi : alat utk menjepit, penyepit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penjepit


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penjepitalat utk menjepit, penyepit.Kamus Dewan Edisi Keempat
jepit; menjepit mengapit (menekan dsb) sesuatu di antara dua benda yg dikatup, menyepit: dia menggunakan ragum utk ~ serta mengangkat besi yg panas itu; terjepit 1. terhimpit di antara dua benda, tersepit: kakinya ~ di celah dahan-dahan kayu; 2. ki terperangkap (terkepung dll) kerana terdesak dr kiri kanan, tidak dapat bergerak kerana tergencet drpd dua pihak: India dan negara-negara Asia lainnya akan ~ oleh Jerman dr barat dan Jepun dr timur; jepitan penjepit; penjepit alat utk menjepit, penyepit.Kamus Dewan Edisi Keempat
jepitanpenjepit;Kamus Dewan Edisi Keempat
sepit baraalat penjepit spt yg digunakan oleh tukang emas;Kamus Dewan Edisi Keempat
sepit I1. alat utk menjepit atau mengapit (spt jari ketam); 2. alat makan orang Cina; ~ (penyepit) api alat (drpd besi dll) utk men-jepit bara api; ~ baju a) sepit yg digunakan utk menyepit pakaian di ampaian; b) pin baju; ~ bara alat penjepit spt yg digunakan oleh tukang emas; ~ ketam a) jari ketam dll yg boleh menjepit; b) sj jahitan utk bahagian tepi benda yg dijahit; ~ rambut alat utk menyepit rambut (supaya tidak ditiup angin); kuih ~ sj penganan yg tipis drpd tepung gandum (telur, santan dan gula putih); kuat ~ kerana kempa prb orang yg menjadi kuat dlm sesuatu perkara kerana ada yg menolong atau menyokongnya dr belakang; menyepit 1. memegang (mencengkam dll) dgn sepit, menjepit dgn sepit: ular mematuk, ketam ~; 2. mengapit atau menekan sesuatu di antara dua benda (spt dgn kaki, jari, dll); tersepit 1. sudah disepit (diapit, dijepit, dll): cerut cap ayam yg ~ di bibirnya itu, di-pasangnya; 2. ki terhimpit, tertekan: seluruh kehidupan mereka ~ antara dua pihak yg mengadu kekuatan senjata dan tenaga; penyepit sepit.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas