berbaur | 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
baur I | campur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runcit | bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai: menjual barang-barang ~; kedai ~ a) kedai yg menjual barang secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna); b) kedai yg menjual barang yg bermacam-macam; jual(an) ~ jual(an) secara kecil-kecilan; penjual ~ penjual berbagai-bagai barang; perbelanjaan ~ perbelanjaan utk membeli barang yg kecil-kecil atau sedikit-sedikit; beruncit; beruncit-runcit sedikit demi sedikit, berdikit-dikit, beransur-ansur: mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kpd semua peringkat; peruncitan (yg berkaitan dgn) perniagaan runcit (iaitu pembelian dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit: konsep ~; sistem ~; peruncit peniaga secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna), peniaga runcit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjual runcit | penjual berbagai-bagai barang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengedar | 1. (Kej) alat utk menyampaikan arus elektrik ke palam penyala silinder; 2. penjual barang-barang kpd penjual runcit atau pembeli: ~ buku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dalal | 1. Ar orang tengah, wakil penjual, ejen; ~ surat khabar wakil penjual surat khabar; 2. bayaran (biasanya peratusan) yg dibayar kpd ejen, jurujual yg menjalankan perniagaan atau yg memberikan perkhidmatan, komisen: ~ antara 15% hingga 25% drpd harga buku diberikan kpd penjual. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjual | orang yg menjual. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjual bangsa | pengkhianat kpd nusa dan bangsa | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjual | orang yg menjual sesuatu: ~ akhbar; ~ bangsa pengkhianat kpd nusa dan bangsa; menteri ~ ark pegawai negeri yg diberi tugas menjual candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjual nilai tambahan(value-added reseller) | Syarikat yang membeli sistem dan kemudian menjualnya semula selepas menambahkan kemampuan dan ciri sistem tersebut. Singkatan VAR. | Kamus Komputer |