penjudi | orang yg suka berjudi | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjudi | orang yg suka main judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjudi | orang yg suka berjudi. | Kamus Pelajar |
botoh II | Jw 1. penjudi, penyabung (ayam dll); 2. ark pelerai, pengadil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemalas | orang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
romeo | (roméo) ki lelaki yg gemar memikat perempuan (menukar-nukar teman wanita): ayah saya juga penjudi dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlakikan | berkahwin dgn (bkn perempuan), bersuamikan: senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
judi | permainan dgn bertaruhkan wang (main pakau, main dadu dll). berjudi bermain judi (bermain pakau dll) dgn bertaruhkan wang: Dia jatuh miskin kerana ~. menjudikan menggunakan wang dll sbg taruhan; mempertaruhkan. perjudian 1 perbuatan atau hal berjudi. 2 tempat berjudi. penjudian perbuatan atau hal menjudikan. penjudi orang yg suka berjudi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertahan | 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mempertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laki I | (kurang halus) suami, pasangan hidup bini; ~ bini (isteri) suami isteri; ~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri; bagai menanti ~ pulang maling prb selalu dlm kegelisahan; berlaki mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuannya; berlakikan berkahwin dgn (bkn perempuan), bersuamikan: senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya; memperlaki mengambil jadi laki: perkelahian berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki; memperlakikan mengahwinkan (anak perempuan), memberi laki (kpd anak perempuan): dia belum hendak ~ anaknya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |