penormalan | proses menormalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
digit hingar(noisy digit) | 1. Bit dalam suatu kata yang telah diganggu oleh hingar. 2. Digit yang biasanya sifar, yang terjana ketika penormalan suatu nombor titik terapung. Digit ini disisipkan ke dalam bahagian titik tetap nombor titik terapung ketika pengendalian anjakan. | Kamus Komputer |
normal | 1. menurut aturan, keadaan, atau pola yg lazim; 2. biasa: keadaan ~ keadaan biasa; guru ~ guru yg terlatih dgn cara menghadiri kursus tertentu (tidak memasuki maktab latihan tertentu); 3. garisan (pancaran cahaya dll) yg bertemu lurus dgn sesuatu permukaan; menormalkan 1. menjadikan normal; 2. menjadikan akur dgn sesuatu standard; kenormalan keadaan normal: ~ fungsi jantung; ketaknormalan keadaan tidak normal: sekiranya ~ berlaku, lawatan ke klinik atau hospital adalah perlu; penormalan proses menormalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |