pensubsidi | orang atau pihak yg memberikan subsidi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pensubsidi | pihak (orang, badan dsb) yg memberikan subsidi, pemberi subsidi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subsidi | wang bantuan yg diberikan oleh kerajaan kpd sesuatu perbadanan dll. bersubsidi mendapat subsidi; dijalankan atau diurus dgn subsidi: projek ~. mensubsidi 1 memberikan subsidi supaya harga sesuatu lebih rendah: Kerajaan ~ harga minyak. 2 membantu dgn memberikan subsidi: Pihak Kementerian ~ projek pertanian itu. pensubsidi orang atau pihak yg memberikan subsidi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
subsidi | bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya drpd kerajaan) yg diberi kpd sesuatu pihak tertentu (spt perbadanan, kumpulan petani, dll): BP ialah sebuah perbadanan yg mendapat ~ drpd pemerintah pd masa itu; bersubsidi mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan dgn tambang yg ~; mensubsidi memberikan subsidi supaya sesuatu lebih rendah harganya: sebenarnya kerajaan juga telah ~ harga minyak di negara ini; pensubsidi pihak (orang, badan dsb) yg memberikan subsidi, pemberi subsidi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |