menyentralisasikan | menyerahkan atau me-letakkan kekuasaan dll kpd pihak pusat, memusatkan (pentadbiran dsb): beberapa aspek pentadbiran dan pengurusan pendidikan kini harus disentralisasikan utk menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian dlm pendidikan di negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sentralisasi | (séntralisasi) perihal menyerah-kan atau meletakkan kekuasaan (pemerin-tahan dll) kpd pihak berkuasa pusat, pemu-satan (pemerintahan, pentadbiran, dsb); menyentralisasikan menyerahkan atau me-letakkan kekuasaan dll kpd pihak pusat, memusatkan (pentadbiran dsb): beberapa aspek pentadbiran dan pengurusan pendidikan kini harus disentralisasikan utk menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian dlm pendidikan di negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birokrasi | 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; membirokrasikan 1. mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir; 2. ki mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yg banyak peraturan (kerenah dll): tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;pembirokrasian perihal membirokrasikan sesuatu: ~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pentadbiran | perbuatan, hal dll mentadbir atau mentadbirkan; urusan mentadbir atau mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pentadbiran | perbuatan mentadbirkan, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan: dgn adanya pegawai itu, ~ negara tetap berjalan dgn tidak putus-putus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pentadbiran | perbuatan atau hal mentadbirkan; urusan mentadbirkan: ~ negara Malaysia berjalan dgn lancar. | Kamus Pelajar |
tatapraja | pentadbiran (pemerintahan) negara;ketataprajaan perihal pentadbiran negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autonomi | pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain); berautonomi mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
undang pentadbiran | undang-undang yg berhubungan dgn kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerajaan tempatan | 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |