departemen | (départemén) IB 1. jabatan (bahagian dlm pentadbiran negara yg menguruskan tugas dan tanggungjawab tertentu); 2. (bangunan) tempat tugas-tugas tertentu pentadbiran negara dijalankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tatausaha | urusan pentadbiran negara;penatausaha orang yg mentadbirkan tatausaha. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketataprajaan | perihal pentadbiran negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pamong praja | pegawai pentadbiran negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkemas | menjadikan lebih kemas: Mereka ~ sistem pentadbiran negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tatapraja | pentadbiran (pemerintahan) negara;ketataprajaan perihal pentadbiran negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkemas | menjadikan lebih kemas:Mereka ~ sistem pentadbiran negara. | Kamus Pelajar |
pamong | pemelihara, pendidik, guru; ~ desa orang yg mentadbirkan desa; ~ praja pegawai pentadbiran negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konstitusi | 1. perlembagaan (sesebuah negara dll); 2. segala undang-undang (peraturan dll) yg menentukan cara atau sistem pemerintahan (pentadbiran) negara dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerintah | 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |