pentaksiran | perihal menaksir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penilaian | perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taksir II | taksir II kira, hitung, nilaian: ~ kasarnya bolehlah didapati dgn mengira bunga biasa dgn kadar %; salah ~ salah kira (hitung); kurang ~ hilang laba prb pekerjaan yg dibuat tidak dgn hati-hati akan mendatangkan kerugian; menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu; 4. mengkaji, meneliti: kita hendaklah ~ semula kedudukan kita yg tertakluk sangat-sangat pd getah asli; 5. = naksir ingin memiliki (mempunyai) sesuatu, menghendaki, berkeinginan utk, ada keinginan hendak; taksiran 1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persangkaan: bila beresnya revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran; penaksiran, pentaksiran perihal menaksir; penaksir, pentaksir orang yg menaksir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nilai | 1. taksiran harga: berapa ~ gelang ini? 2. harga sesuatu dibandingkan dgn harga yg lain: berapa ~ paun Sterling pd masa ini? 3. kadar, nisbah: buah limau mempunyai ~ vitamin C yg tinggi; 4. darjat, kualiti, mutu, taraf: Tuhfatul-Nafis ialah sebuah buku Melayu yg tinggi ~nya; 5. sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll): kemajuan yg kita kejar dan perjuangkan bukanlah kemajuan dlm kebendaan tetapi kemajuan dlm ~ pergaulan dan kemasyarakatan; 6. Id markah; ~ kalori (Kim) kuantiti haba yg dibebaskan apabila seunit jisim bahan api dibakar; ~ pasaran (Eko) nilai semasa sesuatu sekuriti atau aset yg ditentukan oleh penawaran dan permintaan; ~ pH (Kim) nilai yg mewakili keasidan atau kealkalian sesuatu larutan akueus; ~ tara (Eko) harga tawaran asal bagi sesuatu sekuriti atau saham. bernilai mempunyai nilai; menilai 1. menentukan nilai, mentaksirkan, menghargai: kesucian saya tidak boleh dinilai dgn wang ringgit; Haji Kasim ~ baik-baik stok perniagaannya; 2. Id memberi markah; ternilai dapat dinilai; tidak ~ sangat tinggi nilainya hingga tidak mungkin dapat dikira: utk mendapatkan keampunan-Nya, keredaan-Nya, dan rahmat-Nya yg tidak ~; nilaian harga, taksiran: jika tuan tanah tidak bersetuju dgn ~ yg dibuat oleh Pemungut Hasil Tanah itu, bolehlah ia meminta supaya Pemungut Hasil Tanah tadi membentangkan hal itu ke Mahkamah Tinggi; penilaian perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran: menurut ~ saya, cerpennya yg terbaharu lebih berjaya; penilai orang yg menilai, pentaksir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |