drama pentas | drama yg dilakonkan di atas pentas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
drama | 1. karya yg dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau TV, sandiwara: mereka akan mengadakan pementasan ~ bersempena perayaan Hari Kebangsaan Malaysia; seni ~ seni mengenai sandiwara (spt cara menyusun skrip, latar, hiasan pentas, dsb); 2. Id lakonan yg mengharukan (sedih); 3. ki situasi atau urutan peristiwa penuh emosi, tragik, atau bergelora: suatu ~ tembak-menembak telah berlaku antara anggota polis dgn perompak-perompak itu; ~ bacaan drama yg lebih sesuai utk dibaca drpd dilakonkan; ~ komedi drama yg lucu; ~ muzikal drama dgn iringan muzik (nyanyian dan tarian); ~ pentas drama yg dilakonkan di atas pentas; ~ radio drama yg dilakonkan melalui corong radio yg memberi tekanan pd suara pelakonnya dan muzik atau bunyi latar utk menimbulkan kesan pd cerita; ~ rakyat drama yg mengisahkan cerita-cerita rakyat; ~ satira drama yg membicarakan sesuatu persoalan secara sindiran; ~ televisyen drama yg dilakonkan utk ditayangkan di kaca televisyen; ~ wira drama yg mengisahkan keperwiraan atau keberanian seseorang pahlawan; berdrama 1. mengadakan pementasan drama (sandiwara), bersandiwara: mereka ~ utk mengutip derma bagi tabung persatuan; 2. ki bertutur atau bertingkah laku dgn agak berlebihan: apabila ramai orang di situ, mulailah dia ~; mendramakan menjadikan drama, mempersembahkan dlm bentuk drama: boleh juga diadakan acara-acara spt ~ sebahagian drpd kandungan buku, mendeklamasikan puisi, mengadakan peraduan bercerita, dsb; pendramaan perihal (usaha, perbuatan, dsb) mendramakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wayang | 1. patung dll yg dibuat drpd kulit dll utk mempertunjukkan sesuatu cerita: kita adalah ~ di tangan dalang; 2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dll); anak ~ orang yg berlakon dlm pertunjukan pentas (sbg profesion); 3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yg berupa cerita dsb (yg ditayangkan pd layar putih): budakbudak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan; panggung ~ tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan); ~ bangsawan sj pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyinyanyian); ~ Cina = ~ potehi sj permainan pentas orang Cina; ~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yg dibuat drpd kayu (berupa anak-anakan dll); ~ kulit = ~ purwa wayang drpd patung-patung yg diperbuat drpd kulit; ~ orang sj sandiwara Jawa dgn tarian yg diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yg berasal drpd kitab Mahabharata); ~ suluh Id wayang kulit yg dimainkan dlm bahasa Indonesia; mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang, melakonkan, mendalangkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tablo | 1. sj lakonan pentas yg menggambarkan sesuatu peristiwa atau kejadian (para pelakonnya tidak bergerak); 2. lakonan pentas yg pelakon-pelakonnya tidak bercakap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wayang | 3 pertunjukan pentas spt bangsawan, sandiwara dll: anak ~ orang yg berlakon dlm sesuatu pertunjukan pentas. | Kamus Pelajar |
pentas | 1 tempat yg sengaja ditinggikan utk bermain sandiwara dll; panggung. 2 lantai yg ditinggikan utk tempat tidur atau tempat memasak. mementaskan memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. pementasan perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan hangat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pentas | 1 tempat yg sengaja ditinggikan utk bermain sandiwara dll; panggung. 2lantai yg ditinggikan utk tempat tidur atau tempat memasak. mementaskan memainkan atau melakonkan sesuatu di atas pentas: Mereka telah ~ cerita Mahsuri di Kolej Melayu, Kuala Kangsar. pementasan perbuatan atau hal mementaskan (sandiwara dll): ~ drama itu telah mendapat sambutan yg hangat. | Kamus Pelajar |
teater | (téater) 1. bangunan yg di dalamnya ter-dapat pentas tempat mempersembahkan drama, muzik, hiburan, dsb utk ditonton oleh orang ramai, panggung, pawagam; 2. seni pentas: mereka membicarakan perkembangan ~; berteater bergiat dlm bidang teater: jangan-lah asyik ~ sahaja hingga mengabaikan tanggungjawab yg lain; penteateran segala hal yg berkaitan dgn teater: alam ~ menunjukkan bahawa budaya Malaysia bersifat pelbagai bangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koreografi | (koréografi) 1. penciptaan (seni mencipta) gerak-geri tarian (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas); 2. seni tari (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pentas | 1. lantai (di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri; mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; pementasan perbuatan mementaskan (sandiwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |