warna sari | 1. berjenis-jenis bunga, bermacammacam; 2. kumpulan bermacam-macam karangan yg penting-penting (indah dll), antologi, bunga rampai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penting | sangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vital | penting atau perlu sekali utk hidup, tidak dapat tidak mesti ada, yg amat penting atau amat diperlukan: perusahaan ~ perusahaan yg sangat penting utk orang ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penting | sangat perlu atau mustahak; amat berharga: Pelajaran memang ~ utk kemajuan kita semua. mementingkan menganggap penting; memandang berat: Orang yg tidak ~ pelajaran nescaya akan menyesal kemudian kelak. kepentingan 1 sesuatu yg penting atau yg sangat dihargai; keperluan: Dia sanggup berkorban utk ~ bangsa dan negara. ~ kebendaan keperluan akan harta benda. 2 keadaan atau hal penting. | Kamus Pelajar |
remeh | (réméh) tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga: masalah itu tidak boleh dipandang ~; ~-cemek ark remeh-temeh; meremehkan menganggap remeh (tidak penting, kecil, dll), mengabaikan, menghinakan: kita tidak mengatakan bahawa kita harus ~ kekuatan musuh; keremehan perihal remeh (kecil, tidak berharga, tidak penting, dll): seorang rahib dr Najran berkhutbah-khutbah memperkatakan ~ hidup dunia serta kebesaran hidup akhirat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penting I | 1. amat perlu, sangat berharga (berguna), mustahak: yg ~ baginya ialah pengakuan itu; perkara yg sangat ~; 2. ark genting (keadaan), berbahaya, tegang: musim yg ~; mementingkan memandang penting (berat, berguna, perlu, utama, dll), memberatkan, mengutamakan: mereka lebih ~ harta benda dan kesenangan hidup; ~ diri sendiri memikirkan hal (keuntungan) diri sendiri; kepentingan 1. perihal, keadaan atau sifat penting, peri mustahak, keperluan: ia sedar akan ~ bandar Melaka; belanjawan itu menekankan ~ berjimat cermat dan berbelanja dgn hemat; 2. sesuatu yg penting (dituntut, dihargai dsb) demi kebaikan, keuntungan atau kesejahteraan diri, faedah, manfaat: masing-masing mempunyai ~ diri; tugas menjaga ~ peneroka tidak seharusnya diabaikan; ~ umum kepentingan utk orang ramai; 3. hak, saham dsb dlm sesuatu syarikat (harta, perniagaan dsb): beliau menguasai 52% ~ dlm syarikat tersebut; berkepentingan mempunyai kepentingan: tidak dibenarkan orang yg tidak ~ masuk ke dlm. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penting III | ; berpentingan berpelantingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penting II | ; mementingkan memetik kecapi (gitar dll), melambung (menghempaskan dll) supaya berbunyi “ting”. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berharga | 1. mempunyai harga; bernilai: Dia membeli sebuah kereta yg ~ tujuh puluh ribu ringgit. 2. tinggi nilainya; berfaedah; bermanfaat; penting: Tugas penting bagi sesebuah muzium ialah mengumpulkan dan memelihara barang-barang yg ganjil, ~ dan ada nilai sejarahnya. | Kamus Pelajar |
stesen penting(key station) | Stesen kerja komputer yang penting dan mempunyai fungsi khas dalam sistem komputer berbilang pengguna. | Kamus Komputer |