Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merasaksesak; penuh ~ penuh sesak; asak, sesak.Kamus Dewan Edisi Keempat
rasakKd; merasak sesak; penuh ~ penuh sesak; asak, sesak.Kamus Dewan Edisi Keempat
padat1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negeri yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bekat; penuh ~ penuh sesak.Kamus Dewan Edisi Keempat
padat1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negara yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan.Kamus Pelajar
pekat I1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak berĀ­campur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berjejal-jejalpenuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat: di seberang sana kelihatan motokar ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
berjejal, berjejal-jejal penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat: di seberang sana kelihatan motokar ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
jejal; berjejal, berjejal-jejal penuh sesak, penuh pepak, penuh tumpat: di seberang sana kelihatan motokar ~; menjejal, menjejali menyumbat, mengisi (lubang dll) dgn penuh, menutup lubang (celah-celah) dgn sesuatu, memenuhi: setiap tanah lapang dijejali dgn rumah-rumah kediaman; terjejal disumbat dgn penuh: tambahan yg ~ pd lubang paip itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertindih1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas