penulenan | perihal atau perbuatan menulenkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penulenan | 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceriakan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penulenan data(data purification) | Penghapusan atau pengurangan ralat dalam data sebelum data digunakan dalam sistem pemprosesan data automatik. | Kamus Komputer |
metalurgi | (métalurgi) kajian tentang logam dan aloi, termasuk kaedah pengekstrakan, penulenan, struktur, dan sifatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tulen | /tulén/ tidak bercampur dgn yg lain; bukan tiruan; sejati; asli: Melayu ~; emas ~. menulenkan menjadikan tulen; memproses supaya tulen. ketulenan keadaan atau sifat tulen; kesejatian. penulenan perihal atau perbuatan menulenkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemprosesan data(data processing) | 1. Pemasukan, penyimpanan, pengolahan, dan pengeluaran maklumat melalui jujukan kendalian aritmetik atau litar logik tertentu. 2. Pengaturan kerja untuk menerima maklumat dan mengeluarkan hasil tertentu. 3. Penyusunan semula dan penulenan data mentah kepada bentuk yang boleh digunakan selanjutnya. 4. Penyimpanan data untuk sesuatu tujuan, dengan memilih, mengisih, mengelaskan, meringkaskan, mengira atau merekodkan maklumat tersebut. | Kamus Komputer |
tulen | (tulén) tidak bercampur (dgn yg lain), bukan tiruan, asli, sejati: anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran); ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejatian: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceriakan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |