penunangan | perihal menunang (menunangkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penunangan | perbuatan (hal dsb) menunang atau menunangkan. | Kamus Pelajar |
tunang I, = tunangan | penunangan perbuatan (hal dsb) menunang atau menunangkan. | Kamus Pelajar |
tunang | bakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yg telah mengikat perjanjian utk menjadi suami isteri: dia tinggal tidak berapa jauh dr rumah ~nya; bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri (berkahwin): sesudah bekerja baru ~; bertunangan sudah terikat oleh janji utk menjadi suami isteri, mempunyai perhubung-an sbg tunang: mereka telah ~; menunang 1. meminta anak gadis supaya jadi isteri, melamar, meminang: orang muda yg kaya itu datang ~ engkau; 2. = menunangi mengajak bertunang dgn, meminta bertunang dgn: ia sudah ditunangi oleh seorang saudagar kaya; menunangkan memperhubungkan laki-laki dan perempuan dlm istiadat sbg tunangan: ia tidak mahu ditunangkan dgn anak bapa saudaranya; mempertunangkan menjadikan bertunang-(an): anaknya dipertunangkan dgn seorang pahlawan; tunangan tunang: barangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah kahwin; pertunangan perihal bertunang (bertunangan): ~ antara Mahadi dgn Junah telah dirasmikan; penunangan perihal menunang (menunangkan); petunang sl jampi atau mantera yg dikenakan pd bunyi-bunyian utk menimbulkan rasa kasih kpd siapa yg mendengarnya; peluru ~ = peluru penunang sl peluru yg berjampi (tetap mengenai sasarannya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |