tudung | sesuatu yg digunakan utk menutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. ~ belanga penutup belanga. ~ kepala a. penutup kepala (songkok, topi dll). b. = ~ muka kain selubung utk menutup kepala atau muka. ~ lampu penutup lampu; terendak lampu. ~ saji penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. bertudung memakai tudung; bertutup dgn tudung. menudung menutup dgn tudung; memberi bertutup. menudungi menjadi sbg tudung pd; menutupi: Tudung saji yg ~ hidangan itu dibuat drpd mengkuang. menudungkan menggunakan sesuatu utk menudung atau sbg tudung: Ia ~ piring pd mangkuk itu. penudungan perbuatan (hal dsb) menudung atau menudungkan. penudung sesuatu yg digunakan utk menudung; penutup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
caping I | 1. penutup yg nipis (spt penutup lubang kunci dll); 2. penutup kemaluan kanak-kanak perempuan yg dibuat drpd emas atau perak (bentuknya spt daun sirih). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tudung I | sesuatu yg digunakan utk menutup bahagian sebelah atas (kepala, lubang, dll), tutup, penutup: maka tuan puteri pun segeralah menarik ~ ke atas hulunya berselubung muka; kain ~ kain penutup kepala atau muka perempuan, selendang; tali ~ bulu (rambut) di pipi, cambang, jambang; ~ belanga penutup belanga; ~ kepala a) penutup kepala (songkok, topi, dll); b) = ~ muka kain selubung (utk menutup kepala atau muka); ~ lampu penutup lampu, terendak lampu; ~ lingkup kain penutup kepala dan muka (bagi perempuan); ~ meja kain alas meja; ~ rahap kain penutup mayat sebelum ia dimandikan; ~ saji = ~ hidang = ~ sarang Sr = ~ tapak penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; bertudung memakai tudung, bertutup dgn tudung: gadis-gadis itu ~ lingkup dgn kain berwarna pinang masak; bertudungkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg tudung: wanita itu hanya sempat ~ sehelai tuala mandi utk menyelamatkan diri dr rumah yg sedang terbakar itu; menudung menutup dgn tudung, memberi bertudung: dia ~ mukanya dgn tangannya; keris itu dibubuh di atas ceper perak dan ditudung dgn tetampan; menudungi menjadi sbg tudung pd, menutupi; menudungkan menutupkan sesuatu sbg tudung: kain itu ditudungkan pd mukanya; tertudung tertutup dgn tudung: mukanya tidak kelihatan kerana ~ dgn kain; penudungan perihal menudung (menudungkan); penudung sesuatu yg dipakai utk menudung (menudungi), penutup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sumbat | = penyumbat sesuatu yg digunakan utk menutup lubang (liang, mulut botol, dll), pemalam, penutup; ~ botol penutup botol (drpd gabus dll); menyumbat 1. menutup (lubang, liang, mulut botol, dll) dgn sumbat, menyumpal: ~ telinga dgn kapas; 2. memasukkan sesuatu (padat-padat) ke dlm, mengisi: mereka sedang ~ guni-guni tadi dgn barang-barang itu; menyumbatkan 1. menggunakan sesuatu utk menyumbat: dicari kayu hendak disumbatkan pd lubang itu; 2. memasukkan sesuatu ke dlm, mengisikan: bapanya sedang diikat dan kemudian disumbatkan ke dlm guni; tersumbat 1. tertutup (dgn sumbat dll), tersumpal: rongga-rongga ini ~ dgn biji-biji gabus; 2. terisi, termasuk: nasi yg ~ dlm mulutnya menyebabkan dia membisu; 3. seolah-olah tertutup atau tersekat kerongkongan (kerana termengkelan dll); sumbatan hal tersumbat (tertutup atau tersumpal): gejala yg terakhir ini merupakan tanda bahawa radang sudah mengakibatkan bengkak dan ~ pd saluran nafas; ~ salur itu memerlukan suatu rawatan yg khusus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kain tudung | kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tudung | sesuatu yg digunakan utk menutup: ~ kepalanya berwarna merah. kain ~ kain penutup kepala atau kain penutup muka orang perempuan; selendang. | Kamus Pelajar |
penutup | 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penutup | benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penutup | 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penutup | 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll: Sbg ~, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd hadirin yg sudi datang ke majlis ini. | Kamus Pelajar |