hawar | 1 = penyakit ~ penyakit menular (spt taun, kepialu) yg menyerang manusia, binatang ternakan atau tumbuh-tumbuhan. 2 kejadian diserang penyakit yg menular (merebak) dgn cepat di kalangan penduduk dsb di sesuatu kawasan; wabak: Tindakan segera telah diambil utk mencegah ~ penyakit itu drpd merebak lebih luas lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tular | ; menular 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan mendapat sambutan;menulari menular kpd, berjangkit kpd, menjangkiti: penyakit malaria yg ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat dihapuskan lagi; menularkan menjadikan menular, merebakkan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah menanamkan dan ~ keresahan sesama manusia; ketularan dihinggapi penyakit menular, kejangkitan; penularan perihal menular (menulari, menularkan): ~ krisis itu hanya berkisar antara beberapa orang anggota yg tertentu; penular agen (spt serangga dsb) yg menularkan penyakit dsb: serangga itu berperanan sbg ~ penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidap | ; menghidap, menghidapi menanggung sesuatu penyakit dgn lama: ~ penyakit tibi; hidapan 1. perihal dihidapi sesuatu jenis penyakit; 2. penyakit yg lama dihidapi dan sukar sembuh: kusta satu penyakit ~ yg berjangkit; penghidap orang yg menghidap (menanggung) sesuatu penyakit: ~ penyakit malaria. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menular | 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan mendapat sambutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tular | ; menular 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). menulari berjangkit pd; menjangkiti: Penyakit taun yg ~ penduduk-penduduk di situ belum dpt dihapuskan lagi. menularkan menjadikan menular; menyebabkan berjangkit; menjangkitkan. ketularan kena penyakit menular. penularan perihal menular, menulari atau menularkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
busung | 1. gembung perut (kerana penyakit): penyakit ~; 2. gembung kerana penuh berisi (air dll): buah dada gadis itu ~; kepala ~ kepala menjadi besar kerana berisi air; 3. timbunan pasir di muara sungai, gosong; ~ air penyakit busung kerana perut berisi air; ~ darah penyakit busung kerana tidak datang bulan; ~ kencing busung kerana penyakit pd gelembung kencing; ~ muka muka bengkak (bakup);membusung 1. menjadi busung, menggembung: perutnya ~ akibat penyakit itu; 2. meninggi (pasir dll), merupakan busung: lumpur yg dibawa air sungai itu ~ di muara; dgn dada ~ ki dgn perasaan megah (sombong); membusungkan menggembungkan; ~ dada a) membesarkan dada; b) ki menyombongkan diri, membanggakan diri: Mat Akil ~ dada;terbusung menjadi busung; pembusungan perihal terjadinya busung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taun II | 1. = penyakit ~ sj penyakit muntah-muntah dan selalu buang air, kolera: seorang lagi diberitakan telah mati akibat ~ dlm tempoh dua puluh empat jam yg lalu; 2. musim penyakit menular, hawar, wabak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dakhil | Ar 1. yg di dalam (tidak zahir), yg mengenai batin; penyakit ~ penyakit batin, penyakit dlm badan; 2. ark terlalu karib, rapat benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menular | 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
demam | 1. penyakit yg menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa; 2. kenaikan suhu tubuh yg melebihi suhu biasa: semalam saya ~, saya tidak pergi kerja; 3. ki keghairahan utk sementara waktu: ~ pop enam puluhan; ~ berselang (berlat, berganti hari) demam yg tidak terus-menerus; ~ cupak Kl demam tubuh tetapi pesakit masih berselera utk makan; ~ denggi demam akibat virus yg disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes; ~ denggi berdarah demam denggi yg berbahaya (boleh membawa maut); ~ dingin (gigil, ketar, sejuk) demam kerana penyakit malaria (menyebabkan badan terasa sejuk dan menggigil); ~ kepialu demam kerana sj penyakit yg disebabkan oleh kuman dlm makanan atau air yg kotor; ~ ketulangan demam yg disertai oleh rasa sengal-sengal tulang; ~ kuning sj penyakit berjangkit yg menyebabkan warna badan penghidapnya menjadi kekuning-kuningan (kerana sakit pd hempedu); ~ merah sj penyakit berjangkit yg disebabkan bakteria Streptococcus pyogenes yg dicirikan dgn demam, sakit kerongkong, sakit kepala dan bintik-bintik merah pd kulit; ~ panas demam dgn suhu badan yg tinggi; ~ puyuh demam pura-pura (bukan sebenarnya demam); ~ reumatik penyakit yg menyebabkan demam serta bengkak dan rasa sakit pd sendi; ~ selesema (sesa-sesa) demam yg menyerang saluran-saluran pd paru-paru dan menyebabkan pesakit berasa kesejukan dan selalu mengeluarkan hingus, influenza; ~ skarlet demam merah; mendemamkan menyebabkan (menjadikan) demam, membuat (seseorang) demam: esoknya Jamilah bertandak-tandak pula sambil memomokkan mukanya herot-merot, ~ budak-budak yg memandang; terdemam, terdemam-demam menjadi (kena) demam: kanak-kanak itu ~ selepas menonton filem cerita hantu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |