penyambung betina(female connector) | Peranti penyambungan yang bahagian penyambungnya termasuk ke dalam atau berlubang untuk menerima bahagian peranti penyambung jantan. Kaedah ini membolehkan gandingan dua penyambung berlainan dijadikan ketat dan tidak mudah terlucut. | Kamus Komputer |
penyambung jantan(male connector) | Peranti penyambungan yang bahagian penyambungnya terunjur ke luar atau berpin. Bentuk unjuran atau pin ini sepadan dengan lubang pada bahagian peranti penyambung betina. Kaedah ini membolehkan gandingan dua penyambung berlainan dijadikan ketat dan tidak mudah terlucut. | Kamus Komputer |
penyambung | sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyambungan | perbuatan (hal dsb) menyambung atau menyambungkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyambung lidah | orang perantaraan, jurubicara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyambung | 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyambung sepaksi(coaxial connector) | Peranti untuk menyambungkan talian jenis kabel sepaksi. | Kamus Komputer |
penyambung masuk(in connector) | 1. Palam yang digunakan untuk menyambung liang input komputer pada peranti input. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan titik masuk bagi carta alir. | Kamus Komputer |
penyambung(connector) | 1. Peranti pengganding yang digunakan untuk menghubungkan secara elektrik atau mekanikal dua liang, muka, kabel, casis atau/dan peranti. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan titik masuk atau keluar bagi carta alir. | Kamus Komputer |
penyambung | sesuatu yg digunakan utk menyambung; sesuatu yg menyambungkan. | Kamus Pelajar |