Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sambut; bersambut mendapat ba­lasan; ada yg menerima (menjawab dsb); berjawab; berbalas: Segala soalan kita telah ~. menyambut 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. sambutan 1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat. penyambut 1 orang yg menyambut kedatangan orang: ~ tetamu. 2 nombor pembahagi dlm sesuatu angka pecahan. 3 ist frasa nama yg letaknya sesudah kata kerja transitif dlm susunan sesuatu ayat; objek.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyambut1 orang yg menyambut kedatangan orang: ~ tetamu. 2 nombor pembahagi dlm sesuatu angka pecahan. 3 ist frasa nama yg letaknya sesudah kata kerja transitif dlm susunan sesuatu ayat; objek.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyambut1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat).Kamus Dewan Edisi Keempat
sambut; bersambut 1. ada balasan (jawaban dll): pertanyaan tadi tidak ~; 2. disertai (oleh): bunyi tapak sepatu berdentum-dentum dihentakkan kuat-kuat pd anak tangga ~ dgn cakap-cakap kasar dan bangga; 3. membeli sesuatu dgn membayar kemudian; dagangan ~ yg dijualnya ki mengatakan sesuatu dgn hanya menurut kata orang lain; bersambutan 1. berpadanan, sesuai (dgn): rambutnya ikal terlalu panjang ~ dgn leher-nya jinjang; 2. = bersambut-sambutan, sambut-menyambut berbalas-balasan, ber-sahut-sahutan: maka berbunyilah nobat nafiri, ~ pula dgn bunyi-bunyian sekalian; bunyi jeritnya tersangat kuat, bergaung bersambut-sambutan bunyinya; menyambut 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; sambut-menyambut 1. berbalas-balasan (perbualan, nyanyian, dll): mereka berpantun ~; 2. berturut-turut, berganti-ganti, sambung-menyambung; sambutan 1. penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll): bagaimana nanti ~ yg akan diterimanya kalau ia pergi ke sana? 2. perhatian (pandangan, anggapan, dll) terhadap sesuatu hal, reaksi: buku karangannya telah mendapat ~ yg baik drpd masyarakat; 3. jawaban terhadap cabaran (tentangan dll), balasan, perlawanan: cabaran itu mendapat ~ drpd orang-orang muda; 4. barang yg dibeli dgn bayarannya ditangguh-kan, barang yg diamanahkan utk dijual; ~ baik penerimaan baik, perkenanan, per-setujuan; ~ permaidani merah sambutan istimewa yg diberikan kpd tetamu kenamaan atau orang yg terkenal, biasanya ketibaannya disambut dgn hamparan permaidani merah; penyambutan perihal menyambut: sebuah senyum telah diberikannya sbg salam ~; penyambut 1. orang yg menyambut (tetamu dll), penerima: ~ tetamu; 2. kayu yg dipasang utk menyangga gelegar (pd rumah); 3. angka pembahagi yg besar (dlm kira-kira pecahan); 4. pelengkap (dlm sesuatu ayat).Kamus Dewan Edisi Keempat
penyambut 1 orang yg menyambut kedatangan orang: ~ tetamu.Kamus Pelajar
penyebut1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ).Kamus Dewan Edisi Keempat
penunggu1. orang yg menunggu (menga­wal, menjaga), pengawal, penjaga: ~ pintu; 2. orang yg menunggu (kedatangan orang dll), penyambut (tetamu): bangun lagi dia dan datang lagi ke arah pintu bangunan tempat orang-orang ~ jemputan datang; 3. yg men-diami, penghuni: binatang-binatang ~ hutan membuat lagu alam yg tidak pernah ber­ubah-ubah; 4. (hantu, puaka, dll) yg menunggui atau mendiami: seumur hidupku belum aku berjumpa hantu syaitan atau puaka ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertujuan1. mempunyai tujuan, ada yg dituju (dimaksudkan), berhaluan: nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka; 2. Id memakai penyambut atau objek (ayat dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
objek/objék/ 1 perkara yg menjadi pokok atau tajuk sesuatu perbincangan dll; hal. 2 tujuan sesuatu tindakan dll; sasaran. 3 penderita dlm sesuatu ayat aktif; penyambut: Selepas kata kerja transitif, terdapat kata nama atau frasa nama yg bertugas sbg ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
objek /objék/1 perkara yg menjadi pokok atau tajuk sesuatu perbincangan dll; hal. 2 tujuan sesuatu tindakan dll; sasaran. 3 penderita dlm sesuatu ayat aktif; penyambut: Selepas kata kerja transitif terdapat kata nama atau frasa nama yg bertugas sbg ~.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas