penyangkal | orang atau pihak yg menyangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyangkal Allah | orang yg tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yg kufur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyangkal | orang yg menyangkal; ~ Allah orang yg tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yg kufur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelawan | (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangkal | ; menyangkal 1 tidak mengakui kebenaran sesuatu; menyatakan bahawa sesuatu itu tidak benar: Beliau telah ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya itu. 2 tidak menurut; menentang; melawan: Kita janganlah ~ perintah Tuhan. sangkalan kata-kata, perlakuan dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajiannya. penyangkalan perbuatan atau hal menyangkal. penyangkal orang atau pihak yg menyangkal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangkal | bantah: “Tidak, itu tidak benar sama sekali,” ~nya; bersangkal 1. tidak menurut atau mengikut (perintah dll), mengabaikan (pekerjaan, tugas, dll): mengapa maka engkau ~ pula akan pekerjaanmu itu? 2. tidak mengaku, berdalih, berdusta: walaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di hadapan tuan hakim; menyangkal 1. tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dll), tidak mengiakan: pegawai itu telah ~ berita yg mengatakan ia akan berhenti; 2. membantah, melawan, menentang, menolak, menyanggah: selama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak pernah disangkal orang; sangkalan bantahan, sanggahan: kerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yg dilakukan oleh mereka; penyangkalan perihal menyangkal (membantah dll), penafian; penyangkal orang yg menyangkal; ~ Allah orang yg tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yg kufur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lawan | 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perempuan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (bercakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, kesanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal berlawanan (spt siang dgn malam dll), pertentangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |