penyaran | pihak atau orang yg menyarankan sesuatu, pencadang, pengusul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengusul | orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencadang | orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usul II | pendapat dll yg dikemukakan utk dibincangkan (disetujui, diterima), anjuran, cadangan, saran: mereka menerima segala ~ yg dikemukakan; ~ balasan cadangan sbg ganti cadangan yg telah lebih dahulu dikemuka-kan, cadangan balas; mengusulkan mengemukakan pendapat (supaya diterima atau disetujui), menganjur-kan, mencadangkan, menyarankan: aku ~ agar semua anggota memakai pakaian seragam; pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul, pencadang, penyaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
saran I | cadangan (fikiran, pendapat, dsb) yg dikemukakan; memberi ~ mengemukakan cadangan; menyarani mengemukakan cadangan (fikiran dll) kpd; menyarankan 1. mengemukakan (pendapat dsb), mengemukakan cadangan, memberi saran: dlm tulisannya itu, Nik Hasan ~ supaya kerajaan bertindak menyelamatkan negeri Kelantan; 2. menyebarkan di kalangan umum, menyiarkan, mempropagandakan: dia pandai berpidato ~ cita-cita politiknya kpd rakyat; saranan hal yg disarankan (dikemukakan dll): ~nya mendapat sambutan drpd orang ramai; penyaranan perihal menyarankan sesuatu, pencadangan, pengutaraan: ~ kesamaan hak itu bukanlah semata-mata demi kepentingan golongan tertentu; penyaran pihak atau orang yg menyarankan sesuatu, pencadang, pengusul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cadang | ; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali; mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun; ~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb); pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan; pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |