Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek,
Berantonim dengan tidur

3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung,
Berantonim dengan jahil

Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sedar1. tahu dan ingat (akan keadaan yg sebenarnya), insaf, mengerti: ia ~ dirinya diancam dr luar dan dalam; kau pun ~ bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dr sini; 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drpd tidur), siuman semula: ~ drpd pengsan (tidur); ~ tak ~ antara sedar dan tidak; ~ (sedarkan) diri a) tahu akan dirinya; b) siuman; tidak ~ (sedarkan) diri a) tidak ingat akan diri; b) tidak tahu di untung; menyedar = ~ arwah Mn kenduri mengingati arwah, kenduri pd bulan Syaaban; menyedari mengetahui (dgn rasa insaf), menginsafi: dia mula ~ bahawa per­buatan-nya itu adalah satu dosa; kita ~ kelemahan bangsa kita dlm lapangan sains; menyedarkan menjadikan sedar, meng­ingatkan, menginsafkan: ~ bangsa sendiri supaya lebih maju; ~ orang drpd pengsan; tersedar 1. teringat, ingat: maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda; 2. terjaga (drpd tidur), sedar (drpd), kembali sedar (drpd pengsan dll): tiba-tiba ~ daku drpd tidurku; kesedaran perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini di­lakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mem­punyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; penyedaran perbuatan menyedarkan; penyedar 1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg menyedari atau meng­insafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyedar1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg menyedari atau meng­insafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas