penyedaran | perbuatan menyedarkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sedar | 1. tahu dan ingat (akan keadaan yg sebenarnya), insaf, mengerti: ia ~ dirinya diancam dr luar dan dalam; kau pun ~ bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dr sini; 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drpd tidur), siuman semula: ~ drpd pengsan (tidur); ~ tak ~ antara sedar dan tidak; ~ (sedarkan) diri a) tahu akan dirinya; b) siuman; tidak ~ (sedarkan) diri a) tidak ingat akan diri; b) tidak tahu di untung; menyedar = ~ arwah Mn kenduri mengingati arwah, kenduri pd bulan Syaaban; menyedari mengetahui (dgn rasa insaf), menginsafi: dia mula ~ bahawa perbuatan-nya itu adalah satu dosa; kita ~ kelemahan bangsa kita dlm lapangan sains; menyedarkan menjadikan sedar, mengingatkan, menginsafkan: ~ bangsa sendiri supaya lebih maju; ~ orang drpd pengsan; tersedar 1. teringat, ingat: maka Sultan Malikul-Tahir pun ~lah akan saudara baginda; 2. terjaga (drpd tidur), sedar (drpd), kembali sedar (drpd pengsan dll): tiba-tiba ~ daku drpd tidurku; kesedaran perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini dilakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mempunyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; penyedaran perbuatan menyedarkan; penyedar 1. yg menjadikan sedar, yg menyedarkan; 2. yg menyedari atau menginsafi (sesuatu): Latiff merasakan sesuatu yg diharapkannya itu mengajarnya menjadi seorang yg terlalu ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |