Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.kat] | ڤڽکت

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk me-nyekat, tabir, tebeng: ~ kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang, merin­­tangi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
adang-adangsesuatu yg digunakan utk menyekat (biasanya pintu); penyekat: ~ pintu penyekat di muka pintu..Kamus Pelajar Edisi Kedua
adang; adang-adang sesuatu yg digunakan utk menyekat (biasanya pintu); penyekat: ~ pintu penyekat di muka pintu. mengadang 1 mengadakan rintangan atau halangan dgn mendepangkan tangan dll; menghalang; menyekat: Budak-budak nakal telah ~ jalan itu dgn dahan-dahan kayu. 2 menunggu dgn maksud hendak menyerang hendap. mengadangkan menjadikan sesuatu sbg adang-adang: ~ tangan mendepangkan tangan utk menghalang orang dll. pengadang 1 sesuatu yg mengadang; perintang. 2 orang yg mengadang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
adang-adangsesuatu yg digunakan utk menyekat (biasanya pintu); penyekat: ~ pintu penyekat di muka pintu.Kamus Pelajar
adang;adang-adang sesuatu yg digunakan utk menyekat (biasanya pintu); penyekat: ~ pintu penyekat di muka pintu. mengadang 1. mengadakan rintangan atau halangan dgn mendepangkan tangan dll; menghalang; menyekat: Budak-budak nakal telah ~ jalan itu dgn dahan-dahan kayu. 2. menunggu dgn maksud hendak menyerang hendap. mengadangkan menjadikan sesuatu sbg adang-adang: ~ tangan mendepangkan tangan utk menghalang orang dll. pengadang 1. sesuatu yg mengadang; perintang; 2. orang yg mengadang.Kamus Pelajar
penyekat1. sesuatu yg digunakan utk me-nyekat, tabir, tebeng: ~ kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang, merin­­tangi, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
adang Iadang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap).Kamus Dewan Edisi Keempat
abarabar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan masyarakat; berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg din­ding atau penyekat, berdindingkan: rumah yg ~ buluh;` mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuran-pertempuran ~ jalannya mesyuarat.Kamus Dewan Edisi Keempat
alang II1. (me)lintang; menarik garis ~ menarik garis melintang; 2. kayu yg dipasang melintang (di antara dua tiang atau dua dinding): supaya jangan bergeser dipasang ~ antara kedua-dua tiang itu; 3. dinding, penyekat (bilik dsb): ~ rumah; ~ balai penyekat balai; ~ jambatan bahagian yg melintang pd jambatan di pelabuhan; ~ mahligai penyekat di mahligai; ~ muka papan melintang antara dinding perahu atau pd belat (tempat berjalan).Kamus Dewan Edisi Keempat
dinding1. penutup (penyekat) ruang, ba­ngunan, bilik, dll yg dibuat drpd kayu, bata, dll; sebuah gambar tergantung di ~; lampu ~ lampu yg disangkutkan di dinding; 2. sesuatu yg menyerupai dinding: ~ abdomen; ~ kambi papan (kayu) pd kaki dinding; ~ sel selaput yg menyelaputi sel; ~ tepas dinding yg dibuat drpd pelepah daun kumbar; ~ teretas, tangga terpasang prb bukti yg cukup utk menyatakan sesuatu hal; jadi ~ tasak peti permainan prb orang harapan raja dan orang besar-besar; berdinding, berdindingkan menggunakan (memakai) dinding: rumah panjang itu beratapkan daun bertam dan ~ kulit kayu; mendinding 1. memasang (melekatkan) din­ding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; mendindingi merupakan dinding (utk me­nyekat, melindungi, menahan, menutup, me­rintang, dll), menjadi dinding pd: pokok bunga di sekeliling perigi itu ~ orang yg mandi drpd pelihatan orang ramai; pakatan SEATO ditubuhkan utk ~ kemaraan kuasa Komunis; mendindingkan menggunakan sesuatu spt dinding; ~ tangan meletakkan tangan di atas dahi supaya tidak silau dll; terdinding tersekat oleh dinding, tersekat, terlindung: jikalau iman tidak teguh, segala godaan syaitan mungkin tidak ~ lagi; pendindingan perihal atau perbuatan men­dinding(i) atau mendindingkan; pendinding penutup, penyekat, penghalang, pelindung: agama bukan sahaja menjadi petunjuk ke jalan hidup yg sebenar, tetapi juga merupakan ~ drpd godaan hawa nafsu; doa ~ doa utk melindungi diri drpd mara bahaya; kain ~ miang, wang ~ malu prb berbuat (menggunakan) sesuatu biarlah kena pd tempatnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pendindingpenyekat; penutup; penghalang; pelindung:Kamus Pelajar Edisi Kedua
123456

Kembali ke atas