penyelaman | hal (perbuatan dsb) menyelam, menyelami, atau menyelamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyelaman | perbuatan menyelam, menyelami atau menyelamkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyelaman | hal (perbuatan dsb) menyelam, menyelami, atau menyelamkan. | Kamus Pelajar |
selam; menyelam | penyelaman hal (perbuatan dsb) menyelam, menyelami, atau menyelamkan. penyelam orang yg kerjanya menyelam. | Kamus Pelajar |
selam | ; menyelam 1 memasukkan seluruh badan ke dlm air; membenamkan seluruh badan ke dlm air: Kami sangat suka berenang dan ~ di sungai itu. 2 masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: ~ mutiara. menyelami 1 menyelam di sesuatu tempat dgn tujuan tertentu: Dia ~ kolam itu utk mencari cincinnya yg terjatuh. 2 ki menduga perasaan atau isi hati seseorang; mencuba utk mengetahui apa-apa yg difikirkan oleh seseorang: Dia tidak dpt ~ isi hati sahabatnya itu. menyelamkan memasukkan ke dlm air; membenamkan. penyelaman hal (perbuatan dsb) menyelam, menyelami, atau menyelamkan. penyelam orang yg kerjanya menyelam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selam I | ; juru~ orang yg kerjanya masuk ke dlm air (utk mencari mutiara, mengetahui ada tidaknya ikan, dll); kapal ~ kapal yg boleh bergerak di dlm air (biasanya utk kegunaan peperangan); berselam Pr menguji siapa yg akan memusingkan gasing dahulu (dlm permainan gasing); ~ air bersumpah dgn menyelam (utk membuktikan kebenaran); menyelam 1. masuk ke dlm air (dgn seluruh badan): burung penguin sangat pandai ~ dan berenang; 2. masuk ke dlm air utk mencari sesuatu: dekat Mergui, perusahaan ~ mutiara ada dijalankan; 3. ki masuk dalam-dalam, terbenam, menghilang dlm sesuatu: keris itu ~ ke dlm belikatnya; kapal terbang itu ~ ke dlm awan; 4. ki = menyelami mencari atau menduga (isi hati, perasaan, dll orang lain), mengetahui, memeriksa: kebanyakannya cuba ~ kesusahan kami sbg nelayan; aku mesti ~ lubuk hati gadis bakal isteriku; pandai ~ di air dangkal prb pandai membawa diri; sambil ~ minum air prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai; menyelami 1. menyelam ke dlm air (laut dll); 2. menyelam utk mencari sesuatu dll: engkau jatuh dia yg menyambut, engkau karam dia yg ~; 3. ki menyelidiki atau menduga (isi hati, perasaan orang lain), ber-usaha utk mengetahui sesuatu: dia seoranglah yg pernah ~ hati Juliana; tugas saya bukan sahaja mengumpulkan surat-surat itu tetapi juga ~ kandungannya; ~ air dlm tonggak prb sukar sekali utk mengetahui isi hati orang lain; menyelamkan memasukkan (sesuatu) ke dlm air, membenamkan, mencelupkan: maka dibawanya timba, diselamkannya ke dlm air yg keruh itu; terselam dapat atau sudah menyelam, terbenam; terselami boleh diselami, dapat difahami, terduga; selaman hasil atau usaha menyelam, menyelami atau menyelamkan; penyelaman perbuatan menyelam, menyelami atau menyelamkan; penyelam 1. orang yg menyelam, juruselam: ~-~ yg memasuki lautan dalam terpaksa membawa udara sendiri; 2. sesuatu yg diguna-kan utk menyelam, sesuatu yg diselamkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |