Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.la.ngan] | ڤڽلڠن

Definisi : perihal (perbuatan atau pro­ses) menyelang atau menyelangi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.la.ngan] | ڤڽلڠن

Definisi : perihal atau perbuatan menyelang, menyelangi atau menyelangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penyelangan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyelanganperihal atau perbuatan menyelang, menyelangi atau menyelangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyelanganperihal (perbuatan atau pro­ses) menyelang atau menyelangi;Kamus Dewan Edisi Keempat
selang I1 waktu yg terdapat antara dua masa; antara (bkn tempat, peristiwa dll); lat: ~ beberapa bulan, kami pulang lagi ke kampung. 2 = selangan apa-apa yg terletak di antara dua benda: tanaman ~. berselang ada selangnya atau ada antaranya (di antara satu dgn yg lain); berantara: Rumah saya ~ dua pintu dr ru­mahnya. menyelang 1 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan se­suatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyela: Pertunjukan itu menarik kera­na diselang dgn lawak jenaka dan nya­nyi­an. 2 menyampuk percakapan orang; mencelah percakapan orang. menyelangi menjadikan sesuatu ber­­selang (oleh sesuatu): Bunyi guruh sayup-sayup diselangi angin menderu. me­nyelangkan meletakkan sesuatu supaya menjadi berselang. perselangan perihal atau perbuatan berselang: ~ an­tara terang dgn gelap yg biasa ber­laku se­­tiap hari mempunyai kesan yg menakjub­kan terhadap kehidupan tumbuh-tum­buhan berbunga. penyelangan perihal atau perbuatan menyelang, menyelangi atau menyelangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selang I1. lat (waktu, tempat, dll): ~ beberapa lama dr itu, permaisuri pun hamillah pula; meriam ditembak ~-~ satu minit; 2. = selangan sesuatu yg letaknya di antara benda lain: tanaman ~; ~ surup Jk salah faham; berselang 1. berantara (waktu), ada antara­nya: tiap-tiap hari dia menghantar susu kpd ibu dan bapanya dgn tidak pernah ~; 2. ada selangnya (antaranya): temilang dua ~; sudut yg ~; berselang-selang 1. saling berganti, ber­ganti-ganti, lepas satu yg lain pula: di luar, hujan mencurah-curah, deruannya ~ dgn bunyi desiran daun-daun kayu yg bergeser; 2. tidak terus-menerus, ada jarak atau antaranya, berlat: maka adalah pekerjaanku itu ~ hari, pd sehari pergi menyalinkan kpd bahasa Melayu dan sehari pergi menga­rangkan dia dlm tempat cap; berselangan menggunakan sesuatu sbg selang: kemahiran orang Mesir menyusun tulang-tulang kecil yg ~ dgn pasak kayu utk mengukuhkannya; menyelang 1. mencelah dgn sesuatu (dlm membuat pekerjaan dll), mencelah (menyela, menyampuk) percakapan orang: di muka pintu, gugup kedengaran diketuk orang dan diselang dgn bunyi suara orang memanggil; ~ perkataan wazir menteri itu dgn perkataan yg lemah lembut; 2. menghalang (menegah, menyela) perbuatan orang; menyelangi mencelah dgn sesuatu: bunyi guruh sayup-sayup dgn diselangi angin menderu; kawasan yg tidak ramai pendu­duknya ini kadang-kadang diselangi oleh kampung-kampung nelayan; selangan 1. sesuatu yg letaknya di antara benda lain; 2. lat atau jarak (bkn waktu): bunyi itu terdengar dgn ~ masa yg sama; berselangan ada selangnya, tidak terus-menerus: sekalian hulubalang memegang tombak benderang hingga tiada ~ lagi; perselangan 1. perihal berselang; 2. selang: apabila kita mainkan filem itu, ~ gelap di antara gambar-gambar tidak kelihatan pd layar; penyelangan perihal (perbuatan atau pro­ses) menyelang atau menyelangi; penyelang sesuatu yg menyelang (meng­antarai).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas