penyeliaan | perbuatan atau hal menyelia; pengawasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyeliaan | perbuatan menyelia, pengawasan: Marie telah belajar di bawah ~ Pierre; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyeliaan | perbuatan atau hal menyelia; pengawasan. | Kamus Pelajar |
selia; menyelia | penyeliaan perbuatan atau hal menyelia; pengawasan. | Kamus Pelajar |
suruhan berkeistimewaan(privileged instruction) | Suruhan komputer yang dikhaskan untuk penyeliaan sistem. Pengguna suruhan ini terhad kepada pengguna berkeutamaan tinggi sahaja. Tujuan suruhan ini adalah untuk memberi perlindungan kepada sistem daripada kelalaian atau penyalahgunaan sistem oleh pengguna biasa dan hanya membenarkan pengguna yang berpengetahuan untuk menyenggarakan sistem. | Kamus Komputer |
sampukan automatik(automatic interrupt) | 1. Sampukan yang berpunca daripada perkakasan atau rutin penyeliaan, bukan daripada atur cara pengguna. 2. Sampukan yang disetkan untuk menyampuk secara automatik pada waktu tertentu. | Kamus Komputer |
atur cara eksekutif(executive program) | 1. Atur cara yang mempunyai kuasa kawalan penyeliaan terhadap sistem dan sumber sistem. 2. Nama lain bagi sistem pengendalian komputer. | Kamus Komputer |
terminal pengguna(user terminal) | Terminal komputer yang dikhaskan untuk penggunaan biasa dan bukan untuk tujuan pengawalan atau penyeliaan. | Kamus Komputer |
selia | ; menyelia melihat-lihat dan mengawal sesuatu keadaan dsb; mengawasi. seliaan usaha atau tindakan menyelia: ~ yg rapi dpt meningkatkan prestasi pekerja. penyeliaan perbuatan atau hal menyelia; pengawasan. penyelia orang yg menyelia; pengawas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemerolehan data(data acquisition) | Proses memperoleh maklumat oleh suatu sistem daripada sistem yang jauh. Maklumat tersebut ditukarkan kepada maklumat digital dan boleh dicetak untuk kegunaan penyimpanan rekod atau tugas penyeliaan, atau sebagai rekod maklumat pengujian. | Kamus Komputer |