penyemak | orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: jawatankuasa ~ dasar pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyemak | orang yg menyemak, peneliti, pemeriksa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyemak automatik(automatic checker) | Alat pemeriksa yang dibina di dalam sistem untuk menyemak keadaan pemprosesan atau keadaan sistem secara automatik. | Kamus Komputer |
penyemak | orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: jawatankuasa ~ dasar pelajaran. | Kamus Pelajar |
semak /sémak/; menyemak | penyemak orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: jawatankuasa ~ dasar pelajaran. | Kamus Pelajar |
atur cara kamus(dictionary program) | Perisian yang bertanggungjawab mengelola kamus perkataan yang digunakan dalam perisian seperti penyemak ejaan, pemproses kata, penterjemah, dan antara muka bahasa tabii. | Kamus Komputer |
jumlah cincangan(hash total) | Nombor yang terhasil setelah menjumlahkan medan untuk semua rekod dalam fail. Hasil jumlah cincangan ini digunakan sebagai penyemak rekod fail. Hasil jumlah ini dikira semula apabila fail itu disemak semula. Jika ada rekod yang berubah atau telah dikemaskinikan, maka hasil jumlah cincangan yang baru ini akan berbeza dengan nilai kiraan asal. | Kamus Komputer |
kamus(dictionary) | 1. Struktur data yang mewakili set unsur yang boleh menampung penyisipan dan penghapusan unsur serta boleh menguji keanggotaan unsur. 2. Fail senarai perkataan yang digunakan oleh sistem seperti penyemak kata, pemproses kata, penterjemah bahasa, dan antara muka bahasa tabii. 3. Lihat direktori. | Kamus Komputer |
silap nahu(grammatical mistake) | 1. Kesilapan yang berpunca daripada kesilapan manusia menaip kenyataan suruhan atau arahan yang tidak mengikut nahu yang ditetapkan bagi bahasa pengaturcaraan yang digunakan. 2. Kesilapan pada nahu ayat yang ditaip ke dalam pemproses kata yang dijumpai oleh penyemak nahu. | Kamus Komputer |
semak | /sémak/; menyemak 1 memeriksa semula supaya tidak ada kesalahan apa-apa; memperhatikan sesuatu karangan dll baik-baik; meneliti: Kamu hendaklah ~ karangan kamu dahulu sebelum menyerahkannya kpd guru. 2 mendengar baik-baik apa-apa yg diucapkan atau yg dibacakan orang: Sementara Ali membaca, kamu semua hendaklah ~. semakan hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. penyemakan perbuatan atau hal menyemak: ~ yg dijalankan itu adalah utk memastikan tidak berlaku sebarang kesilapan. penyemak orang (jawatankuasa dll) yg menyemak: jawatankuasa ~ dasar pelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |