penyembur | 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sembur | 1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali mem-bersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan; bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar; bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di sungai; menyembur 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; sembur-menyembur saling menyembur, ber-sembur-semburan; menyemburkan 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; semburan 1. sesuatu yg terpancar (terĀpancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya; penyemburan perbuatan menyembur(kan); penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyemburkan | 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
godak | ; nasi ~ nasi yg bercampur dgn lauk-pauk. menggodak 1 memasak nasi godak. 2 menjadikan bercampur dgn rata. penggodak alat dlm penyembur yg mengaduk bahan semburan supaya larutan itu bercampur rata dan bahan kimia di dlmnya tidak mendap ke bawah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
godak | nasi ~ nasi yg bercampur dgn lauk-pauk. menggodak 1. memasak nasi godak. 2. menjadikan bercampur dgn rata. penggodak alat dlm penyembur yg mengaduk bahan semburan supaya larutan itu bercampur rata dan bahan kimia di dlmnya tidak mendap ke bawah. | Kamus Pelajar |
sembur | sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut. kena ~ a. terkena benda-benda kunyahan yg dipancutkan dr mulut. b. ki kena marah atau kena maki. bersembur keluar memancar atau memancut: Darah ~ ke mukanya. menyembur 1 mengubati sesuatu penyakit dgn jampi dan sembur. 2 menyebabkan sesuatu disembur dgn: Dia ~ keretanya dgn cat berwarna biru. menyemburkan 1 memancarkan seĀsuatu dr mulut: Dia kemudian ~ sepah-sepah sirih itu pd badan orang yg sakit. 2 membuat sesuatu keluar memancar; memancarkan: Kita dpt membunuh nyamuk dgn ~ ubat nyamuk di tempat-tempat nyamuk menyorok. semburan sesuatu yg memancut atau memancar ke luar; pancaran. penyemburan perbuatan (hal dsb) menyembur atau menyemburkan sesuatu. penyembur alat yg digunakan utk menyembur atau utk menyemburkan sesuatu: ~ racun serangga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |