serang I | langgar, serbuan; menyerang 1. mendatangi utk melawan (meng-alahkan, menaklukkan, dll), melanggar, me-nyerbu: maka Sultan Mansor Shah pun meni-tahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; 2. menimpa (penyakit dll), menyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dll): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri; 3. ki menentang (spt mengkritik dll), mencela, mencerca: pihak pembangkang telah ~ pihak kerajaan dgn kata-kata yg pedas; serang-menyerang saling membalas serangan, saling menyerang antara satu dgn yg lain: kedua-dua pihak terus ~; serangan 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; penyerangan perihal menyerang (melanggar, menyerbu), penyerbuan: Jepun telah melaku-kan ~nya utk menakluki Malaya; penyerang 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerang | 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barisan | 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayap | 1. bahagian tubuh binatang (burung, serangga, dll) yg digunakan utk terbang, kepak: tiba-tiba burung itu mengembangkan ~nya lalu terbang; memperkembangkan ~ ki menggunakan (memperlihatkan) keboleh-an atau kekuatan; 2. ki sesuatu yg menyerupai sayap: ~ kapal terbang; ~ ikan sirip ikan; 3. bahagian sesuatu yg letaknya di sebelah kanan dan kiri; 4. golongan atau puak dlm sesebuah parti politik atau pertubuhan: mereka dianggap termasuk dlm ~ sosialis parti itu; ~ kanan a) golongan politik yg tidak ber-haluan sosialis; b) barisan yg di sebelah kanan; c) pemain bola dr barisan penyerang yg di kanan sekali; ~ kiri a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; ~ kelima (pergerakan) orang-orang yg mengkhianati negeri sendiri kerana bersubahat dgn musuh; ~ roda Id bahagian yg menutup roda supaya lumpur tidak terpercik, madgad; ~ sandang sawat sandang; ~ senteng serba kekurangan; ~ singkat, terbang hendak tinggi prb hendak berbuat sesuatu pekerjaan yg melebihi kekuasaannya; bersayap mempunyai sayap, ada sayapnya: burung-burung itu berbulu dan ~; hendak terbang tiada ~ prb ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayap | 1 bahagian anggota burung dll yg digunakan utk terbang; kepak. 2 sesuatu yg rupanya atau gunanya spt sayap 1: ~ ikan ridip ikan; ~ kapal terbang kepak pd kapal terbang. 3 bahagian yg terletak di sebelah kanan atau kiri (dlm permainan dsb). ~ kanan (kiri) a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serang I | ; menyerang 1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (mengalahkan, menakluk dll); melanggar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa. serangan serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. penyerangan perbuatan atau hal menyerang. penyerang orang yg menyerang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baris | 1. banjar atau deret yg merupakan garis lurus (pokok, huruf, dll): dia menangis setelah membaca dua tiga ~; 2. ark = barisan pasukan: ~ Sipahi; 3. bp = berbaris: askar itu sedang ~; 4. garis, gores: perkataan yg diturunkan pd kad harus dibubuh ~ di bawahnya; 5. tanda vokal dlm bahasa Arab; ~ di atas fathah; ~ di bawah kasrah; ~ di hadapan dammah; 6. = ~ sajak deret (untaian) kata-kata yg merupakan satu bahagian drpd bait dlm sajak; ~ gilir (Komp) kumpulan atau senarai tindakan, kerja, dll yg tersusun dlm satu baris untuk diproses satu persatu; ~ laksamana garisan yg dianggap mempunyai hikmat; ~ mati tanda bunyi mati;sebaris (berada) dlm satu baris, sederet: rumahnya terletak ~ dgn rumah kakak iparnya;menyebariskan menyusun atau meletakkan sesuatu sebaris: ~ ubin di sepanjang tepi tembok;penyebarisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebariskan;berbaris 1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya;membaris 1. sl berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris yg tertentu; 2. merupakan baris; 3. menembak: kemudian ditariknya meriam, dibarisnya kpd Panglima Selampit;membarisi 1. berdiri (berjalan dsb) dlm baris-baris tertentu: orang ramai ~ jalan utk melihat perarakan itu; 2. berada dlm deretan: beberapa biji jerawat ~ hidungnya;membariskan 1. menyusun (mengatur) dlm barisan; 2. menyuruh (melatih) berjalan dlm barisan; 3. membuat baris dgn sesuatu: ia ~ dakwat merah di buku itu; 4. membubuh (meletakkan) baris (pd tulisan Arab): ~ huruf-huruf al-Quran supaya mudah dibaca; 5. mengemukakan: pengarah itu ~ artis-artis baru dlm filem arahannya; ia hanya ~ Dharmawijaya bersama-sama A. Samad Said, Salmi Manja, A. Wahab Ali, Kemala dan Jihaty Abadi;barisan 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk;perbarisan 1. perihal berbaris: upacara ~ tamat latihan tentera; 2. kumpulan orang yg berbaris: memeriksa ~; ~ raksasa; ~ raksasa perbarisan yg diadakan secara besar-besaran;pembaris = kayu ~ kayu lurus bersenggat yg dipakai utk membuat baris atau mengukur sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |