penyet | (pényét) penyek: songkok mereka ~-~ oleh berat Quran dan papan rehal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencet | (péncét) penyek, penyet; memencet menekan dgn ibu jari dll, memicit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemik | 1. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kepik, penyuk: bertaburan tong sampah yg ~ dan berkarat; 2. penyek, penyet (hidung); hidung ~ hidung penyek; terkemik menjadi kemik (kerana jatuh, terpukul sesuatu dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |