penyewaan | perbuatan, hal dsb menyewa atau menyewakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyewaan | perbuatan menyewa(kan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sewa | /séwa/ 1 wang yg dibayarkan kerana memakai atau kerana menggunakan sesuatu: Rumah ini berapa ~nya? 2 boleh digunakan dgn membayarkan wang: kereta ~; rumah ~. menyewa menggunakan sesuatu dgn membayar sewa: Ketika mula-mula sampai di Kuala Lumpur dahulu, saya ~ sebuah bilik di Kampung Pandan. menyewakan membenarkan orang lain menggunakan sesuatu dgn mengambil sewa: Di sini ada orang ~ pakaian pengantin. sewaan sesuatu yg disewa: askar ~ askar (biasanya orang asing) yg diupah utk berperang. penyewaan perbuatan, hal dsb menyewa atau menyewakan. penyewa 1 orang yg menyewa. 2 wang dll utk membayar sewa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sewa | (séwa) 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadaimenggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran; menyewa menggunakan (meminjam) dgn membayar sewa: sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil; menyewakan = mempersewakan memberi orang lain menggunakan sesuatu dgn mengutip sewa: tuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya utk tempat berjudi; rumah-rumah petak itu didirikannya utk dipersewakan; tersewa berupaya (mampu) membayar sewanya: saya berpindah dr sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi, sebab tidak ~ sendiri; sewaan sesuatu yg disewa (disewakan): selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India; penyewaan perbuatan menyewa(kan); penyewa 1. orang yg menyewa: di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi utk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang; 2. wang dll utk membayar sewa: wang ~ rumah; ~ kecil orang lain yg menyewa tanah, rumah dsb drpd penyewa utamanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |