penyiaran | perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyiaran | 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyiaran bingkisan(packet broadcasting) | Kaedah perhubungan data digital untuk menyalurkan data atau mesej dalam bentuk bingkisan secara serentak kepada terminal yang jauh melalui sistem rangkaian data. | Kamus Komputer |
penyiaran | perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. | Kamus Pelajar |
diayah | penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk mendapat sokongan, propaganda: anasir-anasir komunis telah cuba menjadikan isu Islam utk mengembangkan ~ mereka; mendiayahkan menyebarkan diayah, mempropagandakan; pendiayahan perbuatan menyebarkan diayah; pendiayah orang yg menjalankan kegiatan diayah: ~ komunis perlu diawasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konti | studio penyiaran radio dan televisyen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabligh | penyampaian atau penyiaran ajaran Islam. bertabligh menyiarkan ajaran Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
waktu perdana | waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
televisyen | (télévisyen) 1. penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pd skrin atau kaca peti televisyen; 2. = peti ~ alat yg menerima pancaran televisyen; ~ berwarna = ~ warna televisyen yg menyiarkan gambar berwarna; ~ litar tertutup a) sistem televisyen yg dipasang utk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dlm tempat atau bangunan tertentu; b) sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabligh | penyampaian atau penyiaran ajaran Islam. | Kamus Pelajar |