Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyia.sa.tan] | ڤڽياستن

Definisi : perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak­-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
siasat
Kata Terbitan : menyiasat, penyiasatan, penyiasat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyiasatanperbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak­-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam;Kamus Dewan Edisi Keempat
penyiasatanperbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan.Kamus Pelajar
siasatpenyiasatan perbuatan atau hal menyiasat; pemeriksaan; penyelidikan. penyiasat orang yg menyiasat.Kamus Pelajar
usul periksapenyelidikan (penyiasatan, penelitian);Kamus Dewan Edisi Keempat
cerita (roman) detektifcerita bkn penyiasatan jenayah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerakinan1. penyelidikan (utk mengetahui hal-hal, peristiwa, dll), penyiasatan; 2. uraian (penyelidikan) kimia (utk menentukan kandungan sesuatu dll); ~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yg menggunakan kaedah fizik (kimia);Kamus Dewan Edisi Keempat
sulit1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terang­terangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang se­lalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesu­sahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
risik II= risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu, penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~ damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2. keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia men­dapat ~ bahawa rancangannya telah di­ketahui orang; merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi (bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...; maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk men­jadi isterinya; perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~; perisik orang atau jabatan yg tugasnya me­risik (mencari keterangan, dll dgn sem­bunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
FBIkep Federal Bureau of Investigation (sebuah agensi pengadilan di Amerika Syarikat yg bertanggungjawab dgn penyiasatan kes jenayah).Kamus Dewan Edisi Keempat
detektif(détéktif) pegawai polis yg menyiasat kejadian jenayah, mata-mata gelap; cerita (roman) ~ cerita bkn penyiasatan jenayah.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas