silap | 1. salah pandangan atau perasaan (dgn yg sebenarnya); ~ faham tidak memahami apa yg sebenarnya; 2. sl sulap, sunglap: tukang ~; 3. = ~ hati tidak ingat apa-apa (kerana terlalu marah dll); 4. salah yg tidak disengajakan, khilaf: kalau saya tidak ~, umurnya baru tiga puluh tahun; ~ gayung Kl telah melakukan sesuatu yg salah; ~ langkah tidak mengambil tindakan, keputusan dsb yg betul sehingga boleh mendatangkan kesan yg buruk; ~ mata a) sj permainan yg mengelirukan pandangan orang lain (membuat sesuatu yg aneh-aneh dll), sulap, sunglap; b) salah pandangan; c) silau; d) agak lupa, tidak sedar; ~ cakap kena radak, hilang jiwa percuma saja prb memperkatakan sesuatu perkara hendaklah hati-hati benar kerana buruk padahnya; ~ mata, pecah kepala prb kalau kurang hati-hati tentu akan mendapat bencana; menyilap menjadikan silap (pandangan dll), mengelirukan, menipu; tersilap (telah) melakukan kesalahan dgn tidak sengaja, tersalah, terkhilaf; kesilapan perihal silap, kekeliruan, kekhilafan; penyilap 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyilap | 1. tukang silap mata, tukang sunglap; 2. penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |