pemprosesan data(data processing) | 1. Pemasukan, penyimpanan, pengolahan, dan pengeluaran maklumat melalui jujukan kendalian aritmetik atau litar logik tertentu. 2. Pengaturan kerja untuk menerima maklumat dan mengeluarkan hasil tertentu. 3. Penyusunan semula dan penulenan data mentah kepada bentuk yang boleh digunakan selanjutnya. 4. Penyimpanan data untuk sesuatu tujuan, dengan memilih, mengisih, mengelaskan, meringkaskan, mengira atau merekodkan maklumat tersebut. | Kamus Komputer |
penyimpanan | 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sel(cell) | 1. Tempat penyimpanan satu unit maklumat yang biasanya bersaiz satu aksara, satu bait, atau satu kata. 2. Ruang kedudukan terkecil dalam grid, matriks, jadual, atau helaian elektronik. | Kamus Komputer |
simpan | 1. sl singkat (cerita, kisah, dll), ringkas; mengambil ~ meringkaskan (cerita dll), menyingkatkan; 2. cadangan; hutan ~ hutan yg dipelihara sbg cadangan; tayar ~ tayar cadangan; bersimpan sl berkemas-kemas, bersiap sedia: maka saudagar pun ~lah hendak membawa saudaranya; pandai makan tak pandai ~ prb orang yg tidak pandai menaruh rahsia; menyimpan 1. menaruh di tempat yg selamat (supaya tidak rosak, tidak hilang, dll): barang itu disimpan dlm stor; 2. menghimpun (wang), menabung: seorang biasanya ~ sebanyak 15 peratus drpd pendapatannya; 3. = menyimpani mengemas-ngemas supaya teratur atau tersusun (pinggan mangkuk dll); 4. tidak membuang, membiarkan, mengekalkan: beliau telah menyingkirkan beberapa orang tokoh antikomunis dan ~ serta menambah lagi bilangan tokoh-tokoh yg prokomunis dlm kabinetnya; dia lebih suka ~ rambut panjang; 5. memendam (perasaan), menyembunyikan atau tidak melahirkan (perasaan): Mahmud juga ada ~ hati terhadap Ramlah; 6. memegang (rahsia) dgn teguh, merahsiakan; 7. menaruh (memakai, menggunakan) secara rahsia atau sulit: ia ada ~ seorang gundik; 8. memiliki dan memakai (ilmu pengetahuan biasanya ilmu batin), mempunyai; 9. mengandungi, memuat: ubat itu ~ pelbagai khasiat; 10. membuat peringatan atau catatan, merekodkan: ~ kira-kira; menyimpankan 1. menyimpan utk; 2. menyuruh simpan kpd; tersimpan 1. (sudah) disimpan, terkandung: kekayaan yg ~ dlm perbendaharaan bahasa; 2. sl terserah (terpulang) kpd: kami sekalian pun tiada akan dapat kami mengubat, ~ pelihara tuan kita; simpanan 1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu yg disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dll), cadangan; tentera ~ tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ = persimpanan tempat menyimpan; penyimpanan 1. perihal menyimpan; 2. tempat menyimpan (mengumpulkan); penyimpan orang dll yg menyimpan: akar ~ makanan dinamakan akar cepuk; ~ kira-kira orang yg memegang kira-kira (perniagaan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teknologi | (téknologi) 1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg ber-kaitan dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; ~ tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masya-rakat ~ tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusat data(data centre) | 1. Pusat yang menjadi tempat pengumpulan atau penyimpanan suatu jenis data. 2. Pusat yang mempunyai komputer untuk mengumpulkan data dan menukarkannya kepada bentuk yang sesuai bagi kegunaan pengguna atau komputer lain. | Kamus Komputer |
storan pembilang(counter storage) | 1. Tempat simpanan dalam ingatan yang dikhaskan untuk pembilang. 2. Penyimpanan nilai bilangan ke dalam ingatan. | Kamus Komputer |
perantaian(chaining) | 1. Kemudahan yang dimiliki oleh bahasa pengaturcaraan komputer yang membolehkan atur cara berhubung dengan atur cara yang lain dari dalam atur cara. 2. Sistem penyimpanan maklumat yang membolehkan unit maklumat disimpan berasingan dalam ingatan tetapi tersusun melalui medan pemaut yang merangkaikan satu unit dengan satu unit yang lain. | Kamus Komputer |
pengendalian lengkap(complete operation) | 1. Pengendalian yang dijalankan dari mula hingga akhir. 2. Pengerjaan lengkap kitar mesin pemproses yang bermula dengan pengambilan suruhan, pengambilan kendalian, pelaksanaan suruhan, dan persembahan serta penyimpanan keputusan hasil pemprosesan. | Kamus Komputer |
arkib(archive) | 1. Tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama. 2. Tindakan menyalin atur cara atau data ke dalam bahantara ingatan kekal, seperti cakera atau pita magnet, untuk penyimpanan jangka panjang. | Kamus Komputer |