penyirih | orang yg suka makan sirih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirih I | sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat dan daunnya dimakan dgn pinang, gambir, kapur, dll), Piper spp.; bujur ~ bentuk spt bentuk daun sirih (muka), lonjong lancip ke bawah; menghantar ~ sl menghantar berbagai-bagai barang kpd bakal besan; wang ~ wang upah; ~ air sj sirih, Piper miniatum; ~ berbunga Kl alat perlengkapan utk meminang; ~ carang daun sirih yg muda; ~ duduk sj sirih, Piper sarmentosum; ~ hantu sj sirih, Piper caninum; ~ hutan sj sirih, Piper caninum (curtisii); ~ kaduk sj sirih, Piper caba; ~ kerakap daun sirih yg di bawahnya kasar dan keras; ~ masak sirih selengkapnya (utk dikunyah); ~ Melayu = ~ Cina = ~ hudang sj sirih, Piper betle; ~ murai sj sirih, Piper ribesioides; ~ pinang barang-barang yg dibawa kpd seseorang (sbg tanda penghormatan); ~ rakit Kl susunan daun sirih yg ada seratus dua puluh helai; ~ rimau sj sirih, Piper porphyrophyllum; ~ rimau putih sj sirih, Piper argyrites; ~ seberkas Kl susunan daun sirih yg seratus helai banyaknya; ~ sekapur (setampin) sirih segulung (selengkapnya); ~ sesusun Kd susunan daun sirih yg dua puluh helai banyaknya; ~ tanya sirih selengkapnya yg diberikan kpd ibu bapa anak gadis yg dipinang; ~ berlipat datang sendiri prb a) beroleh keuntungan dgn mudah; b) mendapat orang yg dicintai dgn tidak bersusah payah; ~ naik, junjungan naik prb mendapat untung dan bahagia silih berganti; ~ naik, junjungan patah prb baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula; ~ pulang ke gagang prb kena pd tempatnya; ada ~ hendak makan sepah prb ada yg baik hendakkan yg buruk; seikat bagai ~, serumpun bagai serai prb orang yg bermuafakat benar-benar (seia sekata); umpama ~, menjalar dulu kemudian melilit barulah memanjat ke pucuk junjung prb tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya; penyirih orang yg suka makan sirih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |