penyorak | orang yg menyoraki (dlm sesuatu pertandingan, permainan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sorak I | = ~-sorai bunyi teriak dan pekik orang ramai (kerana gembira, mengejek, dll): gemuruh bunyi tempik ~ segala hulubalang; di sekeliling terdengar bunyi petasan berletusan disela oleh ~ kawan-kawanku kerana kegirangan; biarlah alah sabung, menang ~ prb biarlah harta habis asal hati puas; dulu ~ kemudian tohok prb menggembar-gemburkan sesuatu pekerjaan yg belum pasti (terjadi, terbukti); bersorak = ~-sorai berteriak-teriak (kerana bersuka-suka, bergembira, dll): semuanya ~ ria; ramai orang yg ~ dgn gegak-gempita; menyoraki bersorak kpd (utk memberangsang, mengejek, dll), bersorak-sorak akan: dr kanan dan kiri, teman-temannya ~ keburukan emaknya; menyorakkan meneriakkan atau menyerukan dgn suara yg nyaring (kerana kesukaan, mengejek, dll): orang ramai ~ setuju; sorakan teriakan yg nyaring, sorak: ~ mereka masih berlanjut-lanjut; penyorak orang yg menyoraki (dlm sesuatu pertandingan, permainan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |