Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nyu.dah] | ڤڽوده

Definisi : yg akhir sekali, penutup (per­cakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nyu.dah] | ڤڽوده

Definisi : apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Kain ini kain basah,
     Bila masa berkain lagi;
Main ini main penyudah,
     Bila masa bermain lagi.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penyudahapa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyudahyg akhir sekali, penutup (per­cakapan dll): barangkali keluhan itu sampai juga ke telinganya sebab pd ~ cakapnya ia kelihatan marah-marah.Kamus Dewan Edisi Keempat
penyudahapa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari.Kamus Pelajar
sudah penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. Kamus Pelajar
penutupanperihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia;Kamus Dewan Edisi Keempat
sungkitanperihal (perbuatan atau hasil) menyungkit: beliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
penutup1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sungkit; menyungkit 1. mencungkil, meng­ungkit, mengumpil: pekerja itu ~ batang pokok yg tumbang; 2. menguis bola ke atas dgn pantas menggunakan kaki dlm bola sepak atau pemukul dlm hoki dsb: pemain itu ~ bola dr sebelah kanan pintu gol; sungkitan perihal (perbuatan atau hasil) menyungkit: beliau juga memegang tugas tetapnya selaku penyudah pukulan sudut penalti negara menerusi gaya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
sudah1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tamat1. sudah dibaca (diceritakan dll) hingga akhirnya, khatam; ~ mengaji a) sudah khatam Quran; b) sudah siap mengaji; ~ belajar (sekolah) sudah selesai pelajaran; ~ riwayat­nya sudah mati; 2. berakhir, habis, selesai: perkhidmatannya akan ~ pd tahun depan; menamatkan 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; tamatan yg sudah tamat belajar (di), yg lulus (dr): ~ sekolah menengah; tanda ~ Id sijil, ija­zah; penamatan perbuatan dsb menamatkan atau mengakhiri: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu perlu mengesahkan ~ perjanjian amanah antara negara itu dgn Kepulauan Marshall; ada­kalanya ~ sesebuah sesi itu adalah dgn mem­berhentikan sahaja proses kaunseling; penamat yg terakhir, pengakhir, penutup, penyudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas