penyurih | 1 orang yg kerjanya menyalin peta drpd peta asal dgn menggunakan kertas surih. 2 bahan pengesan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyurih | 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyurih | orang yg kerjanya menyalin peta drpd peta asal dgn menggunakan kertas surih. | Kamus Pelajar |
surih I | penyurih orang yg kerjanya menyalin peta drpd peta asal dgn menggunakan kertas surih. | Kamus Pelajar |
deutrium | /déutrium/ ist isotop unsur hidrogen, yg digunakan sbg penyurih dlm penyelidikan tindak balas kimia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
radiokarbon | sj karbon yg radioaktif yg terdapat dlm bahan organik, biasanya digunakan sbg penyurih utk menentukan struktur dalaman, mis sistem dlm tubuh, atau menentukan usia sesuatu bahan organik kuno. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surih I | garisan yg halus panjang; jalur kecil; coret: kertas ~ kertas tipis yg digunakan utk menyalin peta yg diletakkan di bawahnya. menyurih 1 membuat garisan; menggores. 2 menyalin atau menekap peta dgn menggunakan kertas surih. penyurih 1 orang yg kerjanya menyalin peta drpd peta asal dgn menggunakan kertas surih. 2 bahan pengesan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyurihan tafsir(interpretive tracing) | Kaedah menyurih kelakuan atur cara ujian untuk mencari ralat logik dengan menyelakukan pengerjaan atur cara tersebut. Mengikut kaedah ini, suruhan dalam atur cara ujian tidak benar-benar dilaksanakan untuk memastikan kawalan atur cara tidak terlepas daripada kawalan atur cara penyurih. Ini boleh dilakukan kerana apa yang hendak disemak ialah aliran pengerakan atur cara ujian, bukannya pelaksanaan sebenar. | Kamus Komputer |
surih | 1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores; 2. kesan atau jalan yg telah dilalui oleh sesuatu, bekas; ~ gelombang jalan yg diikuti oleh sesuatu gelombang; kertas ~ kertas nipis yg digunakan utk meniru peta dll yg diletakkan di bawahnya; bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores; menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawahnya); menyurihkan membuat garisan, menggariskan, menggaritkan, menggoreskan; ~ api-api menggores mancis api; ~ jalan a) mencari akal (daya upaya); b) memberi petunjuk (petua); ~ percakapan memesongkan perbualan; penyurihan (Kim) penggunaan bahan (biasanya radioaktif) utk mengesan taburan, perjalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh; penyurih 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |