penyusutan | hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyusutan | perihal menyusutkan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyusutan | hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. | Kamus Pelajar |
susut | penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. | Kamus Pelajar |
pengurangan | perbuatan atau hal mengurangkan; penyusutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengurangan | perihal atau perbuatan mengurangi (mengurangkan), penyusutan: ~ tentera tidak mungkin dapat dilakukan selagi keadaan belum aman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemudaran(fading) | 1. Kejatuhan keamatan medan isyarat penghantaran yang disebabkan oleh perubahan bahantara dan jarak penghantaran. 2. Penyusutan keamatan paparan pengawas video yang menyebabkan gambar menjadi kabur dan terus hilang. | Kamus Komputer |
penurunan | 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, lwn pendakian: akhir sekali, akan berhenti pendakian dan ~ itu di satu padang yg luas terbentang; 2. perihal menuruni atau menurunkan (dlm berbagai-bagai makna), pembongkaran (barang dr kapal dll); 3. perihal merendahkan (harga, nilai, dll), pengurangan, penyusutan: ~ nilai mata wang Sterling akan membaiki keadaan ekonomi British yg sedang merosot; 4. (Kim) proses mengeluarkan oksigen drpd sebatian atau memasukkan hidrogen ke dlm sebatian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susut | 1 semakin berkurang jumlahnya (nilainya dsb): Nilai barang-barang ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak sepuluh peratus. 2 semakin pendek atau semakin kecil; mengecut: Kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh. 3 turun parasnya atau turun permukaannya (bkn air); surut: Paras air di jambatan Jertih masih belum ~ lagi. 4 lebih kurus drpd biasa: Mengapa badan engkau ~ sekarang? menyusut menjadi susut; berkurang. menyusutkan menjadikan susut; mengurangkan. penyusutan hal (perbuatan dsb) menyusut atau menyusutkan; pengurangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
susut I | 1. semakin kurang, berkurang (banyak, nilai, dll sesuatu): harga jentera ini ~ tiap-tiap tahun sebanyak 10 peratus; 2. menjadi lebih pendek (kecil dll), mengecut (kain dll), mengerut: kain jenis ini kurang baik kerana akan ~ apabila dibasuh; 3. turun paras permukaannya (air dll), surut: berapa ~nya paras muka air itu apakala dikeluarkan pelampung dr baldi itu? 4. menjadi kurus (badan dll): anak yg begitu subur badannya sekarang mulai ~; agung ~, pongah masih prb orang berbangsa yg telah turun darjatnya tetapi merasai dirinya masih tinggi juga; menyusut menjadi susut, berkurang; menyusuti menjadikan berkurang, mengurangi: sejak bercerai dgn Poniem, belum ada tambahan dan kemajuan yg nyata, melainkan ~ yg telah ada; menyusutkan menjadikan susut, mengecilkan, mengurangkan: jatuhnya harga getah telah ~ pendapatan orang kampung; susutan (Eko) kemerosotan nilai barang (yg dipergunakan dlm perusahaan atau perniagaan); kesusutan perihal susut, kekurangan, kemerosotan; penyusutan perihal menyusutkan (mengurangkan, mengecilkan), pengecilan, pengurangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |