Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.za.ma.nan] | ڤنزمانن

Definisi : perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penzamanan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penzamananperbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
zaman1. jangka masa (sama ada panjang atau pendek), tempoh atau jangka masa tertentu (yg ada sesuatu keistimewaannya atau pertaliannya), masa: ~ pemerintahan British di Malaya; akhir ~ penghabisan masa kehidupan manusia di dunia ini; ketinggalan ~ sudah tidak sesuai lagi dgn keadaan; meninggalkan ~ sl mati; 2. kala, ketika, waktu: semenjak ~ Hamzah Fansuri hingga membawa kpd kurun ke-20, bentuk syair tetap tidak berubah; 3. = umur ~ ark umur; ~ air batu = ~ ais masa ketika air batu menutupi hampir seluruh kawasan muka bumi yg terletak di utara garisan khatulistiwa; ~ atom masa orang menggunakan tenaga atom utk bermacam-macam keperluan atau tujuan; ~ bahari (kawi, kuno) masa yg telah lama, lampau atau berlalu, dahulukala; ~ batu zaman ketika manusia menggunakan batu sbg senjata atau alat; ~ dahulu (jangka) masa yg telah lama berlalu, dahulukala, masa lampau; ~ depan (muka) masa yg akan datang; ~ gangsa = ~ perunggu zaman selepas zaman batu (pd masa senjata dll dibuat drpd gangsa); ~ gemilang masa yg makmur, masa terdapatnya kemajuan yg luar biasa (dan kemakmuran); ~ gerhana = ~ malap ki tempoh masa kurang berhasil (perniagaan, penulisan, dsb); ~ jahiliah masa sebelum lahir agama Islam (di negeri Arab); ~ meleset masa susah (barang-barang dagangan tidak laku dsb); ~ pendudukan masa sesebuah negara diduduki oleh tentera asing; ~ pertengahan zaman antara zaman purbakala dgn zaman baru (dlm sejarah Eropah); ~ puntung berasap zaman kuno; ~ purbakala zaman dahulukala; ~ sekarang (pd) masa sekarang ini; ~ beralih, musim bertukar prb sesuatu itu tidak tetap (sentiasa berubah-ubah); sezaman pd zaman yg sama; berzaman-zaman, berzaman (meliputi jangka masa yg) sangat lama; zaman-berzaman (berterusan, berpanjangan) dr suatu zaman ke suatu zaman, sepanjang atau untuk jangka masa yg sangat lama: motif Islam yg telah wujud ~, iaitu geometri; banyak negara lain yg telah lama menjalankan usaha demikian ~; penzamanan perbuatan (proses) membahagikan sejarah kpd beberapa zaman.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas